Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahannya di dalam pilihraya umum-ke13 yang lalu. Tambah mengecewakan Jusuf yang juga merupakan sahabat karib Ketua Umum PKR itu, bilamana Anwar enggan melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang mendapat majoriti dan mandat rakyat.
Perkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI).
"Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.
Menurut Hamid lagi, sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti.
“Tetapi, hingga kini, demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat. Anwar bersama pengikutnya mengesyaki (kononnya) adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara undang-undang. "Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya lagi.
Hamid turut menegaskan semenjak dari awal lagi Anwar telah menanam persepsi ke dalam minda masyarakat bahawa pakatan akan menang dalam pilihanraya ini. Malah pelbagai slogan diguna pakai seperti #inikalilah, #ubah, #selamatkanmalaysia dan banyak lagi, bagi menanam persepsi ke dalam minda masyarakat.
Selain dari itu, Anwar turut menggunakan pelbagai isu khususnya yang membabitkan SPR seperti pengundi hantu dan sebagainya. Doktrin yang dilaungkan saban hari itu, semenjak beberapa tahun yang lalu akhirnya telah berjaya diresapkan ke hati masyarakat khususnya anak-anak muda.
Maka tidak hairanlah, apabila Anwar tidak berjaya membentuk kerajaan, isu tersebut dibangkitkan bagi menarik sokongan dan simpati rakyat untuk menolak keputusan pilihan raya ini. Lihat sahaja gerakan yang cuba disuburkan oleh anak muda dokongan Anwar seperti Adam Adli yang akhirnya meminta rakyat agar turun ke jalanraya untuk satu tujuan iaitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat.
Hampir saban malam, Anwar melakukan program jelajah ke setiap pelosok tanah air untuk meminta agar rakyat bangkit menumbangkan kerajaan. Antara ayat yang sering digunakan ialah menolak keputusan pilihan raya dan kemenangan yang telah dicuri oleh kerajaan BN/Umno.
Sedangkan secara rasionalnya, sekiranya benar kerajaan ingin melakukan penipuan, adalah mustahil pakatan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 pertiga 3 di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dengan kekuatan negeri paling kaya di Malaysia, kekalahan BN/Umno di Selangor boleh di umpamakan menyerahkan gedung duit kepada pembangkang.
Kesimpulannya gerakan dan mobilisasi rakyat yang dilakukan oleh Anwar ini bukanlah berpaksikan kepada isu yang melibatkan SPR semata-mata, tetapi lebih merupakan gerakan untuk memenuhi impian dan harapan dirinya untuk bergelar Perdana Menteri.
mengapalah Pak Jusuf Kalla ni percakan kpd DSAI !
ReplyDeleteorg politik mahir permainan politik, ada konsep PERCAYA DALAM TIDAK.
Deletemanusia gila seperti anwar ni saja yang tak menerima kekalahan, patut wan azizah pujuk anwar jumpa pakar jiwa untuk mengetahui panyakit kronik anwar ni, jika di biarkan satu keluarga boleh berkecai cerai berai, kan dulu dah kecoh keluarga ni dah nak hancur, apa tidak nya tak boleh di tegur oleh sesiapa, di rumah nak marah marah je, tegur dek anak bini nak marah melenting, kepala dok ingat aku lah PM tapi aku tak jadi PM, apa lagi nak buat supaya rakyat dapat di tipu...cukup cukuplah nuar, siap sedialah nak berangkat nak jadi cikgu kat negeri kayangan..
ReplyDeleteorang gila tak kan cakap dia gila, kita rakyat dapat lihat gila meroyan tak bakal PM dari PR tu, sebelum mengundi cakap boleh terima kekalahan sekarang tak boleh, apa punya gila orang ni..
ReplyDeletekita tuntut anwar tunai janji, berundur dari politik dan berambus dari bumi ni,,,dan jadi cikgu university dengan kelulusan BA dia tu di Negara entah tak tau..
ReplyDeletedia dah invest berbillion..., mana boleh renti beb.
DeleteAnwar mana boleh renti.... Dia janji hari tu kira macam merayu le... please vote for pakatan. it's my last kopek.
ReplyDelete