Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, May 22, 2013

Dewan Pemuda PAS tolak politik ganas, himpunan jalanan


Dewan Pemuda PAS menolak sekeras-kerasnya perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis pro-pembangkang bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
 
Ketuanya, Nasrudin Hassan menegaskan, pihaknya menolak keganasan serta suasana huru-hara dan kacau-bilau di dalam negara ini.
 
Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS mengambil pendirian itu kerana mereka menyayangi negara dan seluruh rakyat.
 
"Kami berjuang untuk masa depan agama, negara dan rakyat.
 
"Kami tidak akan turun ke jalan raya untuk mencetus keganasan dan keresahan rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz semalam," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

 
Nik Mohd. Abduh dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya semalam menyifatkan cubaan menggulingkan kerajaan menerusi kaedah spring atau 'ledakan di jalan raya' sebagai perbuatan gopoh.
 
Sebaliknya, Nik Mohd. Abduh mengajak golongan muda agar insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.
 
Seruan Nik Mohd. Abduh itu mengundang pelbagai reaksi daripada para pengikutnya di Facebook, malah salah seorang daripadanya yang menggunakan identiti Jean Francoise menggelarkan Ahli Parlimen Parlimen Pasir Mas itu sebagai 'bebal'.
 
Bagi mengulas lanjut, Nik Mohd. Abduh dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini berkata, beliau menyokong perhimpunan aman, namun usaha itu memerlukan persetujuan rasmi kesemua parti dalam pakatan pembangkang dan pemantauan rapi.
 
"Takut provokasi tak terkawal oleh musuh pakatan pembangkang yang sentiasa mahu mengotorkan reputasi pakatan yang cintakan keamanan dan kesejahteraan hidup," ujarnya.
 
Beliau turut menasihatkan pengikut-pengikutnya di Facebook membaca pesanan yang dimuatkan dalam kenyataannya semalam berulang kali kerana mengandungi nasihat yang bagus.

7 comments:

  1. nak jacklah tu mudah dapat bantuan BN konon.....

    ReplyDelete
  2. ...tapi dia setuju & membela Adam Adli menghasut rakyat turun kejalaraya menumbangkan kerajaan!. Biar betul!.

    ReplyDelete
  3. Semua pemimpin PAS jika dpt semua org Kedah.Orang Kedah berani.Pimpinan Pas Perak paling tiada telor.

    ReplyDelete
  4. Selagi nawaitu PAS hanya untuk kehancuran UMNO , Parti dan pengikut2nya tidak akan mendapat RAHMAT dan BERKAT dari ALLAH .

    Encik Nasarudin ini lah UBAH yang sebenar.
    INI KALI LAH tukar niat PAS kepada "SATUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA."

    ReplyDelete
  5. Nanti kalau Tuan Besar DAP berbunyi,semuanya akan U turn.

    ReplyDelete
  6. kalau macam tu bermakna hantu raya dia la yang ada kat sana...!! takut mak...he he he

    ReplyDelete
  7. Aku takut diorang kena pecat lagi... Tapi takpe, buleh join hassan ali ngan nasruddin isa

    ReplyDelete