Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 28, 2013

#PRU13 - PAS setuju kerjasama dengan 'parti komunis' #Stopa



PAS akhirnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sebelum ini dituduh sebagai parti komunis apabila mengarahkan calonnya memberi laluan kepada Dr Nasir Hashim untuk bertanding di kerusi DUN Kota Damansara.

Pada sidang media hari ini, Setiausaha Agung parti Islam itu Datuk Mustafa Ali berkata selepas berunding, PAS mengambil keputusan untuk menarik diri.

"Saya mengumumkan untuk kerusi DUN Kota Damansara, kita kita akan kembali kepada status quoseperti sebelum hari penamaan calon. Kerusi yang diperuntukkan kepada PKR," kata beliau.

Penyandang kerusi DUN Kota Damansara itu walau bagaimanapun akan bertanding menggunakan lambang PKR walaupun parti itu telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mustafa berkata berdasarkan keputusan itu, calon yang bertanding di bawah logo PKR secara rasmi sebagai wakil Pakatan Rakyat.

Pada hari penamaan 20 April lalu, PAS telah menyerahkan borang pencalonan Razali Ismail di kerusi berkenaan walaupun selepas PKR bersetuju untuk memberi laluan kepada Presiden PAS itu untuk bertanding.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan itu sebagai untuk "menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada syaitan". Malah beliau membayangkan bahawa PAS tidak boleh berkerjasama dengan parti yang menjulang prinsip komunis.


“Gambar Karl Marx duduk dalam markas nak suruh orang PAS kerja...Karl Marx ini macam Nabi Muhammad dia, yang menganut ideologi komunis. Inilah sebabnya pertindihan (kerusi)...Nak menyelamatkan Pakatan,” tegas Hadi.
Rentetan kejadian itu PSM enggan mengalah sehingga memaksa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan.

Kerusi DUN Kota Damansara bakal menyaksikan bertembungan empat penjuru pada pilihan raya umum 5 Mei ini di mana PKR akan menentang wakil Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

1 comment:

  1. Hbs.... Pas sesat lg mnyesatkn....

    ReplyDelete