Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, April 27, 2013

#PRU13: Isu hudud akan rugikan PAS - Tuan Ibrahim


Ketua Penerangan PAS Datuk Tun Ibrahim Tuan Man menggesa semua kepimpinan dan ahli parti itu untuk berhenti mengulas lebih lanjut berhubung pelaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.
 
Sebaliknya kata beliau fokus harus diberikan kepada isu-isu pilihan raya termasuk menerangkan tentang manifesto pembangkang.
 
Menurut Tuan Ibrahim, isu tersebut hanya akan merugikan PAS di saat-saat akhir tempoh kempen pilihan raya umum.

 
"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya memetik Sinar Harian Online.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika pakatan mengambil alih kerajaan pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.
 
Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata PAS akan melaksanakan hudud berdasarkan mazhab Maliki dan menegaskan hanya akan melibatkan orang Islam di negara ini.

18 comments:

  1. Kuasa yang menhantui mereka, seperti Firaun jugak. Kalau tidak bagaimana Anda mahu memahami kenapa Nik Aziz berpolitik hingga saat merangkak dalam usia Tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana pulak dgn Mahathir??? dah merankak tua pah tu dah lbh 30thn jadi PM, apa lagi tak cukup @ tak puashati...bezanya TGNA berjuang demi ALLAH sehingga mati, Mahathir berjuang demi apa yek??????

      Delete
    2. kamu silap, Tun M jadi PM selama 22 tahun saja. Nik ajis berjuang bukan kerana Allah tetapi kerana nafsu dan kuasa dunia.

      Delete
    3. nafsu dan kuasa dunia akan berjalan beriringan dengan kehendak material...tidak dapat nak dikaitkan ini dengan kehidupan yang dijalani oleh nik aziz...

      Delete
  2. ya ampun, ibu-ibu...bapak-bapak....tuan brahim tuan man bilang kita mesti takut kalah, kita mesti takut dgn dap. sebab kalau tak takut kalah, tak takut dap kita akan rugi. rugi dunia, rugi kekayaan, rugi kuasa. masa ini jangan fikir dulu takut sama Allah SWT. jadi, jangan sebut2 lagi soal hudud semasa berkempen. soal hudud letak jauh2. lagi2 mau sorok temberang....

    ReplyDelete
  3. mana boleh hukum hudud kena pada orang islam aje ...tu tak adil.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati2 dgn kata2 anda...menuduh hukum ALLAH tidak adil boleh menjadikan anda kafir...mengucaplah! belajarlah dari pakar agama bukan dr ahli politik seperti Mahathir & Najib....ALLAH maha adil kpd hambanya...wajib percaya jika anda islam...pemimpin UMNO tlh berjaya menanam sifat begini(tdk yakin kpd kekuasaanNYA)kpd penyokong tegar UMNO...kesian!!!!!!!

      Delete
    2. Untuk iluvislam, anon 9.40am kata 'mana boleh hukum hudud kena pada orang islam AJE ...tu tak adil.....'

      Dia cakap lain kamu konar lain.

      Bukan dia kata hukum Allah tak adil. Dia maksudkan perlaksanaan hudud untuk semua rakyat Malaysia. Islam dan bukan Islam.

      Sila fikir kenapa Karpal DAP bermati matian tak nak hudud kalau bukan sebab depa sendiri pun akan di hudud kan kelak? Nampak sifat anti Islam depa? Nak kata UMNO anti Islam tapi kamu kawan dengan pihak yang terang anti Islam? Ingat isu kalimah Allah?

      Nampaklah sangat asas pemikiran kamu yang dibentuk daripada rasa negatif jika melibatkan orang yang tidak bersama ideologi politik kamu. Lain kali baca betul betul wahai saudara seagama.

      Delete
    3. pecacai pembagkang ni memang bodoh... dah lah bodoh tak tau dibodohkan lagi oleh tok garu nik ajis ngan nuwa dia tu...
      tok garu nik ajis nik mat.... memang la sedapkena garu

      Delete
    4. kenapa nak dikisahkan dengan bukan islam atas isu hudud ini...orang islam sendiri masih lagi nak mempertikaikan perjalanan hukum hudud...kalau dah majoriti islam bersetuju melaksanakan hukum Allah ini apa yang kita bimbang tentang bukan islam...tunjukkan keindahan perjalanan hukum ini...ssesungguhnya dengan dengan izin dan karunia Allah akan terpakailah secara menyeluruh hukum ini kelak...kalau dah hukum yang diketengahkan oleh PAS dikatakan tak betul...maka UMNO kenalah tunjukkkan yang mana yang betul...lagipun bukan di Malaysia ini pentadbiran Islam di bawah kusa baginda-baginda sultan dan raja Melayu...

      Delete
  4. kami bukan takut DAP...lg pun membazir masa berbahas psl hudud dgn org kafir( karpal)...kenapa anda tak bertanya/memohon pemimpin UMNO yg melayuislam supaya melaksanakan hudud lepas PRU13???nanti di jawab najib belum masanya.Mahathir pulak jawab tak boleh sebab Msia negara berbilang kaum...JADI SAMPAI BILA HUKUM ALLAH AKAN TERTEGAK DIBUMI M'SIA???? jika PAS menang akan tertegaklah hukum ALLAH di negara tercinta ini...

    ReplyDelete
  5. Macam iye je pas menang boleh tegak hudud. Kalau hudud pas pun belum tentu dpt buat. Inikan pula hudud Allah. Pemimpin pas sndiri tak yakin akn boleh buat. Sbb tu berganding dgn dap yg terang2 menolak islam dan hudud. Pemimpin pas hanya kata buat hudud hanya utk menipu penyokong supaya mengundi pas dan menjauh diri de kebenaran sebenar yg mrk tak akan dpt buat. Fikir sndiri lah baik2. Pas bersama dap dan keadilan yg menolak hudud. Tang kat mana yg pas akan boleh buat hudud tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat xblh buat smpai bila2.... Pas dh tau mmg xmampu nk laksana,sbb tu ader dlm buku jingga...umno pn tau xmampu nk laksana...bezanya umno xakan bjanji mnde yg xmmpu nk buat...tu beza umno n pas...

      Delete
    2. hudud milik allah.. kerajaan yang diberi kuasa oleh allah untuk memerintah negara harus melaksanakn hudud kerana dunia ini milik-Nya.. kalau rasa hudud boleh memundurkan sesebuah negara, atau memecahbelahkan kaum,, sila keluar dari dunia ini dan buat dunia dan undang2 sendiri...

      Delete
  6. Klu takut DAP...kua ajelh dr Pakatan tu...perjuangan PAS dn DAP mmg bertentangan pn

    ReplyDelete
  7. Isu Hudud dan Islam sememangnya dari dahulu menjadi mainan politik PAS.Dulu sebelum bersekongkol dengan DAP dan PKR mungkin kita orang-orang melayu/Islam boleh bersetuju dengan perjuangan PAS yang igin mnengakkan syiar Islam dan hukum Islam(sebenarnya Umno dah buat dah secara berperingkat-peringkat sejak dari zaman Tun Mahathir lagi.. cuma orang kita yang buta dan tak sedar).Tapi sekarang orang melayu(kecuali yang buta hati)dah mula meragui dengan keikhlasan perjuangan PAS bila kononnya ingin memperjuangkan islam tetapi menggunakan platform pakatan yang sememangnya menentang hukum Islam.Pemimpin PAS hanya pandai bercakap pasal Islam tapi ada dikalangan mereka berkeperibadian Yahudi!!!! sebenarnya pemimpin PAS(tak semua)bukannya nak tegakkan Islam sangat.. meluat kalau dengor diaorang berceramah...PAS hanya nak tumbangkan UMNO sahaja...dan nak mengambilalih pemerintahan... lepas tu hilang cerita soal nak tegakkan Islam...tengoklah nanti kalau pakatan rakyat menang..'ulamak PAS' tinggal serban dan jubbah je...spender tinggal kat hotel....hati-hati saudara Islamku dengan ulama penipu....syaitan bertopengkan manusia...ya Allah selamatkanlah Negara kami daripada golongan ini.

    ReplyDelete
  8. Geli geleman teman bila tengok orang PAS bersongkok Haji pakai T-Shirt lambing DAP...bodohnya..!!!

    ReplyDelete
  9. HUDUD DI SEWAKAN SECARA BERMUSIM ADALAH PERKARA MERUGI or MENGUNTUNGKAN PAS... BUKAN LILLAAHI.

    ReplyDelete