Minda Hijrah Headline Animator

Friday, April 5, 2013

#PRU13 - Nik Aziz umum pembubaran DUN Kelantan



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuat kuasa Khamis.

Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di sini pada jam 11.55 malam.

Ia dilakukan setelah Nik Abdul Aziz menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian.


Pembubaran itu dibuat mengikut Fasal 2 Perkara 46 Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Watikah pembubaran DUN kemudiannya akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Rabu mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990 dan pada pilihan raya umum lalu menguasai 38 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan Barisan Nasional enam kerusi.

Namun pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November 2010, BN merampas kembali kerusi itu dari PAS.

Bagi kerusi Parlimen di Kelantan, PAS menguasai lapan kerusi, BN (2), PKR (3) dan Bebas (1).

Tarikh akhir DUN Kelantan adalah pada 28 April ini.

No comments:

Post a Comment