Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, April 4, 2013

Mat Sabu bertanding di Kedah - Bakal Calon Menteri Besar ?



Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-13.

Bercakap kepada Bernama, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun enggan memberitahu kawasan yang akan ditandingi itu.

"Nanti kita akan putuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan rakyat hari ini," katanya.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan Mat Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, Kedah.

Mat Sabu pada pilihan raya umum 2008 bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan kalah kepada Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa dijangka bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya yang kini disandang Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Saya dengar-dengar begitulah, tetapi kita tunggu hasil keputusan mesyuarat hari ini," kata Husam.

Husam adalah Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan dan beliau antara yang disebut-sebut bakal Menteri Besar Kelantan yang kini disandang Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

8 comments:

  1. Agak-agak ada ke orang yang sanggup nak bermenteri besarkan orang yang dah mengaku "SANGGUP MAKAN BABI"???


    http://mycybertrooper.net.ms/

    ReplyDelete
  2. Richard Ho Banting Said:
    Kami orang cina sangat sayang kan bangsa kami..walaupun ada yang berlainan ideologi politik....saya merasa amat hairan kenapa Orang Melayu sanggup khianati bangsa melayu sendiri..saya rasa amat pelik.

    ReplyDelete
  3. Mah,muka abang ada bau .........,sanggupkah anda melantik orang seperti ini menjadi http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=bBolGrwB7ho#t=28spemimpin?

    ReplyDelete
  4. Saudara Richard....sebenarnya oramg melayu dari umno sanggup berbuat apa sahaja untuk perpaduan sesama melayu/islam kerana ia adalah tuntutan agama kami tapi orang-orang dari pas dan pkr meletakkan pelbagai syarat untuk bersatu dan kalau orang-orang melayu/islam bersatu pasti parti pembangkang seperti pas dan pkr akan lemah sebab itulah mereka memberikan pelbagai syarat yang mustahil untuk bersatu....

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih Encik Anon 10:58PM.....sebenar nya kami org cina amat suka jika orang melayu bersatu kerana kami dapat tumpang ekonomi yg baik....bisnes kami ok jika negara kita aman damai...contoh nya baru2 ini kerajaan beri BRIM atau kenaikan gaji pada org kerajaan...kami peniaga pun dapat untung yg lebih...contohnya jika kamu beli 1 kg tepung tapi bila ekonomi orang melayu meninggkat mereka ada duit lebih..mereka beli 2 kg tepung.so tiada masalah jika orang melayu kaya dan ada duit....yang saya tak faham kenapa mesti ada pemimpin melayu menghasut rakyat supaya membenci kerajaan yang baik ini.minta maaf ye!


    ---Richard Ho Banting-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu saudara...kalau semua orang melayu berbaik,negara akan aman,semua kaum boleh menjalankan aktiviti mereka dengan lancar dan tiada gangguan...jadi kerajaan sekarang mesti manang besar untuk tujuan itu...

      Delete
    2. Sebabnya kerana ada pemimpin yang terlalu kemaruk nak berkuasa tetapi tidak mampu menang dalam pru jadi mereka menghasut,berbohong,menggunakan agama(islam),fitnah dan sebagainya....

      Delete
  6. aku juga sedih bile bangsaku menghina sebangsa dan seagama hanya kerana kuasa aje. aku jd pelik bila smua kebaikan dihina seolah semua nya jahat

    ReplyDelete