Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, April 25, 2013

#PRU13 - Mat Taib tak layak sertai Pas, kata Karpal Singh



Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

13 comments:

  1. Sampai keahlian ahli syurga pun ditentukan oleh DAP. Wah.....hebat daawah PAS kepada DAP.

    ReplyDelete
  2. Elleh... org yg ada dlm pas, pkr n dap pun sbnrnya org yg x dpt apa yg diorg nk dlm bn... contoh paling senang DSAI sndr... sbb kena kick dr jd TPM la dia tubuh keadilan... klau dia betul2 setia dgn parti bn dia x kan kuar bn wlau x jd TPM...

    ReplyDelete
  3. Dulu PAS ludah Tan Seri muhd Taib .... La ni PRU-13 punya hal..PAS sanggup jilat balik.. PAS parti jalang.

    ReplyDelete
  4. "Pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR" kata Kapal Sink tetapi kenapa Anwar yang mempunyai rekod lampau yang amat buruk bukan sahaja diterima dalam PR malah diangkat pula sebagai bakal PM. Kapal yang dah nak Sink cakap tidak serupa bikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS patut terima TS Muhammad Taib..kalau nak cari pemimpin yang baik rekodnya dalam UMNO memang susah..

      Delete
  5. Sampai begitu sekali puuuunnn Pengannut Pas masih tak paham paham ! jangan laa dok tutup mata tutup mata tutup hati.

    ReplyDelete
  6. Ini mengesahkan PAS dibawah telunjuk DAP !!!
    Org nak jadi ahli pun DAP ada kuasa beri kata dua.

    Sebagai budak darjah 6 masa 13 Mei 1969, yg pasti saya TIDAK akan sokong DAP dan mereka yg bersubahat dgn DAP !!!

    ReplyDelete
  7. Kalau Pas ikut telunjuk Dap tak lah Mat Taib diterima jadi ahli....benda sennng mcm ni pun cai umngok tak boleh fikir

    ReplyDelete
  8. Biar lah Mat Taib masuk PAS, manusia yg tidak bertamadun tidak mengenang budi, disana dia mengakhirkan sisa-sisa hayahnya...

    ReplyDelete
  9. Kenyataan kapal sink selepas taib masuk, kalau sebelum taib masuk, konfim pas tunduk, x bg taib masuk,

    Ngok anon 8:05

    ReplyDelete
  10. anwar ibrahim mat sabu mustapa ali badrul amin....................baik sangat ke?

    ReplyDelete
  11. Kalau aku jadi Mat Taib,serta merta aku keluar Pas.Cukup memalukan bila intergriti dan keikhlasan di pertikaiakan oleh pihak 'kawan'.

    ReplyDelete
  12. karpal nk anwar kena reject dari pkr sbb ada rekod buruk...huhuhu...org tua oku yg sorang ni dh jadi controler pas pulak dh. sendiripun pakai kerusi roda, ada hati nk masuk campur urusan parti lain. bongok tul si tua ni!!!!

    ReplyDelete