Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, April 24, 2013

[Pakatan Pil Kuda] #PRU : PKR kata Hudud PAS tak sesuai untuk Malaysia



PKR hari ini menyatakan persetujuan dengan DAP bahawa undang-undang hudud PAS tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata undang-undang hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak serasi dengan perlembagaan negara yang ada sekarang.
 
"Kita mempunyai perlembagaan yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang," Khalid memberitahu sidang akhbar di sini hari ini.   

 
"Perlaksanaan hudud yang melebihi apa yang ditetapkan perlembagaan perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia dan saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” tegas Khalid.
 
DAP hari ini sekali lagi tampil untuk menegaskan ia tidak akan menyokong undang-undang hudud PAS setelah Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Haron Din berkata PAS tetap melaksanakan hukum hudud jika pembangkang memenangi PRU ke 13.
 
Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong undang-undang hudud PAS, namun beliau akur kepada keputusan DAP untuk menolaknya. 

No comments:

Post a Comment