Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, April 4, 2013

#PRU13 - HINDRAF tanding 3 Parlimen, 5 DUN



Pertubuhan Hindraf Makkal Sakthi (Hindraf) hari ini mengumumkan pemimpinnya, P Uthayakumar sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja dan DUN Seri Andalas pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Hindraf juga bakal meletakkan calon di tiga kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Selangor.

Antara kerusi Parlimen tersebut adalah Parlimen Kota Raja, Kuala Selangor dan Kelana Jaya.

Kerusi DUN pula adalah DUN Seri Andalas, Seri Muda, Ijok, Bukit Melawati dan Seri Setia.


Bagaimanapun kesemua nama calon hanya akan diumumkan selepas hari penamaan calon.

Uthayakumar yang juga bekas tahanan ISA berkata pihaknya akan memperjuangkan nasib kaum India yang tidak terbela sejak 57 tahun lalu.

"Selepas 57 tahun, kita mahukan perubahan. Kita tidak mahu lagi diperintah Umno dan BN.

"Nasib kaum India sudah tidak terbela. Sebab itu kita mahu masuk Parlimen dan bercakap bagi pihak kaum India," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Hindraf, di sini hari ini.

2 comments:

  1. INI NEGARA MALAYSIA.MAU JADI CALUN WAKIL RAKYAT ...TIADA HALANGAN KALAU CUKUP SYARAT.TAK PERLU BIKIN DEMOSTRASI. INI NEGARA MALAYSIA DIA ADA DEMOKRASI.ADA PAHAM????

    ReplyDelete
  2. ada kalu.. itu jam kita undi! ada kalu itu tempat bukan saya juga undi... ada kalu itu tempat u ada suka kasi undi :) Ada kalu u jadi calon tempat saya undi, senang hati juga saya tak perlu fikir sapa mau kasi undi. :) saya tak undi you juga. :)

    ReplyDelete