Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 14, 2013

[PKR Tipu PAS] Video seks #Stopa : PKR nafi komplot tekan PAS



PKR menolak dakwaan penyebaran video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan PAS sebagai tekanan kepada parti Islam itu agar mengiktiraf Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Fariz Musa, kedua parti tersebut memiliki hubungan yang baik dan menyifatkan ia sebagai propaganda untuk menghuru-harakan Pakatan Rakyat.

"Cuma tinggal lagi dakwaan yang mengatakan ia didalangi oleh Keadilan bertujuan untuk menjatuhkan PAS dan nak mengangkat Anwar Ibrahim, itu satu propaganda yang bertujuan melaga-lagakan Pakatan," kata beliau yang baru dinamankan sebagai calon untuk bertanding kerusi parlimen Pekan menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya penglibatan ahli-ahli PKR dalam mengedar video lucah tersebut, Fariz meminta bukti sahih ditunjukkan supaya spekulasi tidak dilakukan sembarangan.

Beliau turut menolak kemungkinan ia dilakukan sesetengah pihak yang mengaku ahli PKR supaya memberi imej negatif kepada parti berkenaan.

"Suasana sekarang macam-macam boleh berlaku, sesiapa boleh mengaku dia ahli Keadilan dan sebagainya, tapi jika betul dia ahli Keadilan, kemukakan bukti dan parti boleh melakukan siasatan secara terperinci dalam kes ini

"Kalau ia betul dilakukan oleh ahli sendiri, saya mendesak supaya siasatan dilakukan secara terperinci oleh pihak parti kalau benar dia ahli dan mencari satu tindakan yang sewajarnya," tambah beliau lagi.

Semalam, beberapa blog memuatnaik rakaman video berdurasi 11.26 minit yang memaparkan seorang individu yang didakwa sebagai Datuk Mustafa Ali mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di bilik hotel.

Pihak polis Terengganu semalam berjaya merampas 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah tersebut di akwasan perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat, Kampung Alor Lintang, Besut dan dipercayai untuk diedarkan kepada penduduk di situ.

Setakat ini Mustafa menafikan beliau adalah individu dalam video berkenaan.

3 comments:

  1. idup STOPA ALI... anda adalah ikon Jantan Malaysia abad ini!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup Konek Stopa!!! Tapi sekejap sgt dia main...kurang skill...

      Delete
  2. stopa ali tak blh mengatasi kehebatan anwar...walaupun dgn pinggang yg sakit namun anwar mengagahi diri membalun cina doll!

    ReplyDelete