Minda Hijrah Headline Animator

Friday, April 19, 2013

[PKR Pembohong Rakyat] Mufti Perlis Dr Juanda tidak tercalon #PRU13



Spekulasi Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bertanding sebagai calon PKR di Parlimen Kangar meleset apabila namanya tidak berada dalam senarai akhir diumum Pengerusi PKR Perlis, Mohamad Faisol Abdul Rahman, semalam.
Ketiadaan Juanda memberi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat yang mengimpikan merampas Perlis dari Barisan Nasional (BN).
Faisol mengesahkan PKR bertanding enam kerusi Dun setelah dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR).

Mereka dicalonkan adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Perlis, Tuan Marja Tuan Mat (Sena), Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Azhar Amier (Tambun Tulang) dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Ammar Ghazali (Mata Ayer).

Turut disenarai Setiausaha PKR Padang Besar, Wan Mohamad Fishaal Wan Daud (Chuping), Anggota Majlis Kepimpinan PKR Perlis, Chai Ming Khai (Indera Kayangan) dan Exco Majlis Kepimpinan PKR Perlis, Noor Amin Ahmad (Kuala Perlis).

Mohamad Faisol berkata, semua calon itu adalah yang terbaik bagi menggalas harapan rakyat negeri ini.

“Mereka dipilih memiliki kredibiliti, bijak, mempunyai tahap kesihatan baik selain layak mentadbir negeri jika dipilih menjadi Exco,” katanya.

Ditanya sama ada akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara PKR, DAP dan BN di Dun Indera Kayangan selepas PKR menamakan Chai Ming Khai, Mohamad Faisol yakin ia tidak akan berlaku.

“Meskipun DAP letak Wong Boon Beng di Indera Kayangan, atas semangat setiakawan, kita tidak bertanding sesama sendiri,” katanya.

4 comments:

  1. Kuasa luar sponsor pertukaran regime. Dengan budget kempen yang disalur, kerajaan baru adalah bawah telunjuk mereka. Itu stail Amerika.

    Korea utara US tak boleh masuk, sebab dijaga oleh Negara China, tetapi mereka kacau cara ketenteraan.

    Afghanistan, Pakistan, Iraq semua diorang golek macam telur itik saja. Sekarang mereka pegang telur ANUWAR. Nik Aziz sampai mati tak akan tahu, kalau dia tahu pun dia tak kisah sebab benci dengan UMNO yang bermula sejak dia ingin rampas kuasa PAS tak pernah padam. Macam itulah kaidah orang mengancam dan berdendam.



    ReplyDelete
  2. Agaknya dr juanda dah insaf tak. Tak kan seorang ulama nak bertuankan penjubur yang di laknat allah.

    ReplyDelete
  3. hari ini; saya sebagai ahli pas merasa sangat terhina, apabila pemimpin kami membenarkan dap mengunakan lambang dan bendera kami. sedihnya pati yang saya agong-agong menjual kehormatan. saya merayu pada semua ahli pas, untuk PRU 13 ini kita undi BN bagi mengajar pemimpin kita supaya balik ke pangkal jalan. seperti mana ahli umno mengajar pak lah semasa pru 12 dahulu. ayoh ramai ramai kita tinggalkan pas.

    ReplyDelete