Minda Hijrah Headline Animator

Friday, April 19, 2013

#PRU13 - Senarai Calon-Calon DAP - Ronnie Liu Digugurkan


Exco Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.. Manakala Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.

Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.

DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.

Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan Exco Selangor itu sendiri.


"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.

Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.

Sementara itu bagi Melaka, penyandang kerusi DUN Kota Laksamana Betty Chew yang mengumumkan untuk tidak bertanding, akan digantikan dengan ADUN veteran tahun 90an, Lai Keun Ban.

Manakala kerusi parlimen Sarawak 13 senarai calon.

Berikut adalah senarai calon DAP Selangor:

PARLIMEN

1. Serdang – Ong Kian Ming

2. Puchong – Gobind Singh Deo

3. Petaling Jaya Utara – Tony Pua

4. Klang – Charles Santiago

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

1. Sekinchan – Ng Suee Lim

2. Kuala Kubu Bahru – Lee Kee Hiong

3. Teratai – Tiew Way Keng

4. Kinrara – Ng Sze Han

5. Kampung Tunku – Lau Weng San

6. Damansara Utama – Yeo Bee Yin

7. Balakong – Ng Tien Chee

8. Sri Kembangan – Ean Yong Hian Wah

9. Subang Jaya – Hannah Yeoh Tseow Suan

10.Bukit Gasing – Rajiv Rishyakaran

11.Sungai Pinang – Teng Chang Khim

12.Pandamaran – Tan Pok Shyong

13.Kota Alam Shah – Ganabatirau Veraman

14.Teluk Datuk – Loh Chee Heng

15.Sungai Pelek – Lai Nyuk Lan

Berikut adalah senarai calon DAP Melaka:

PARLIMEN

1. Alor Gajah - Yeo Shen Li

2. Kota Melaka - Sim Tong Him

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

1. Kelebang - Liou Chen Kuang

2. Bachang - Lim Jak Wong

3. Ayer Keroh - Khoo Poay Tiong

4. Kesidang - Chin Choong Seong

5. Kota Laksamana - Lai Keun Ban

6. Duyong - Goh Leong San

7. Bandar Hilir - Tey Kok Kiew

8. Bemban - Gandhi A/L Nalliah

Berikut adalah senarai calon DAP Sarawak:

PARLIMEN

1. Mas Gading - Mordi Anak Bimol

2. Bandar Kuching - Chong Chieng Jen

3. Stampin - Julian Tan Kok Ping

4. Serian - Edward Anak Luwak @ Edward Luwak

5. Sri Aman - Leon Jimat Donald

6. Sarikei - Wong Ling Biu

7. Lanang - Alice Lau Kiong Yieng

8. Sibu - Oscar Ling Chai Yew

9. Bintulu - John Brian Anthony Anank Jeremy Guang

10. Mukah - Hai bin Merawin @Bonaventure

11. Kapit - Ramli Anak Malaka

12. Miri - Lim Su Kien

13. Lawas - Baru Langub

4 comments:

  1. SAH! ini parti racist, calon majoriti CINA..2 je India dan 2 juga orang Asli.....hei! orang Melayu mari tengok dan sedar diri...jadi janganlah undi DAP ni....bangun bangun bangun...orang Melayu!

    ReplyDelete
  2. kenapa UMNO tak letak calon melayu kat parlimen puchong dan lain2 ????jgn berfikiran cetak dan perkauman.....

    ReplyDelete
  3. Heboh dicanang ke seluruh dunia kononnya atas semangat mempertahankan ketuanan Melayu, Umno sebaliknya hanya mampu menurunkan 10 calon parlimen daripada 26 kerusi yang akan ditandingi menjelang hari penamaan calon esok.

    Sedangkan Pakatan Rakyat jauh meninggalkan Umno dengan menyenaraikan 13 calon parlimen, iaitu separuh dari 26 jumlah kerusi parlimen keseluruhan di negeri ini yang akan ditandingi calon PAS dan KEADILAN.

    Berikut menunjukkan bukti 13 kerusi parlimen yang ditandingi calon Melayu dari PAS dan KEADILAN di negeri termaju di Malaysia ini.

    P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
    P 093 - Sungai Besar - Mohd Salleh Husin (PAS)
    P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN)
    P 095 - Tanjong Karang - Dr Mohd Rashidi Deraman (PAS)
    P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
    P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
    P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
    P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
    P 101 - Hulu Langat - Dr Che Rosli Che Mat (PAS - penyandang)
    P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
    P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
    P 112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (KEADILAN - penyandang)
    P 113 - Sepang - Hanipa Maidin (PAS)

    Sebagai perbandingan, ini pula merupakan senarai 10 calon Umno yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat:

    P 092 - Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (Umno)
    P 093 - Sungai Besar - Noriah Kasnon (Umno)
    P 095 - Tanjong Karang - Noh Omar (Umno)
    P 096 - Kuala Selangor - Irmohizam Ibrahim (Umno)
    P 098 - Gombak - Raman Ismail (Umno)
    P 099 - Ampang - Dr Rozaidah Talib (Umno)
    P 101 - Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (Umno)
    P 108 - Shah Alam - Zulkifli Noordin (Umno)
    P 112 - Kuala Langat - Sharuddin Omar (Umno)
    P 113 - Sepang - Mohd Zain Mohamed (Umno)

    ReplyDelete
  4. DAP memang perkauman.... Melayu tak sedar dipergunakan

    ReplyDelete