Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 7, 2013

[PKR Lembu DAP] PKR sisih Yusmadi sebab desakan DAP?



Antarapos.com - Pencalonan muka baru Muhammad Bakhtiar Wan Chik menggantikan Yusmadi Yusof di kerusi Parlimen Balik Pulau didakwa ekoran didesak oleh DAP negeri itu.

Menurut sumber Antarapos, DAP terpaksa mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan Yusmadi dari terus mempertahankan kerusi tersebut jika mahu Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan.

"DAP desak Anwar untuk terus lantik Bakhtiar dan gugurkan Yusmadi, soalnya mungkin kerana Bakhtiar adalah seorang ahli korporat yang lebih dikenali ramai dan boleh membantu parti dari segi sumber kewangan," kata sumber.


Pada Jumaat, Anwar mengumumkan Bakhtiar menggantikan Yusmadi dengan alasan bahawa populariti calon berkenaan yang lebih dikenali oleh orang ramai di situ.

Untuk rekod, Bakhtiar sebelum ini adalah seorang Ahli Majlis MPPP dari PKR. Beliau adalah Pengurus Sumber Manusia di Linear Semiconductor Sdn Bhd sebuah kilang di Bayan Baru.

Beliau juga merupakan aktivis JIM dan PKR sejak zaman era reformasi selain tergolong dalam golongan profesional.

Malah bagi mengurangkan ketegangan Anwar memberitahu Yusmadi yang sebelum ini menjadi ahli parlimen di kerusi berkenaan akan beralih tugas di bahagian sekretariat parti itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada YB Yusmadi atas perkhidmatan beliau, kita ada tugasan lain untuk beliau di dalam pejabat saya dan sekretariat.

"Jadi dengan ini saya dengan sukacita mengumumkan saudara Bakhtiar Wan Chik bertanding di Parlimen Balik Pulau," katanya lagi.

Antarapos sedang berusaha untuk menghubungi bekas ahli parlimen Balik Pulau itu bagi mendapatkan reaksi tentang perkara tersebut.

Pada pilihan raya umum 2008, Yusmadi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Norraesah Mohamad dengan majoriti 708 undi. Namun difahamkan komitmen beliau yang kurang mendekati masyarakat di Balik Pulau sebagai punca penolakannya.

1 comment:

  1. hehehe jambu ni nak jadi pembancuh kopi dalam pejabat Anwar!

    ReplyDelete