Belum sampai seminggu selepas pelancaran Siswa4U di PWTC Rabu lalu, satu usaha memburukkan reputasi Siswa4U telah dikesan di UTHM hari ini.
Satu flyers yang mengutuk keperibadian Anwar Ibrahim yang dikatakan dikeluarkan oleh Siswa4u telah tersebar di facebook Pro Mahasiswa UTHM.Pro Mahasiswa UTHM juga mendakwa 2000 rakan facebook mereka iaitu mahasiswa UTHM membantah pengeluaran flyers berkenaan.
Namun penyebaran flyers berkenaan disangkal oleh Pengerusi Siswa4U, Hafiz Ariffin dalam satu kenyataannya di halaman facebook beliau.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang flyers yg mengatakan ianya adalah milik Siswa4U dan dikeluarkan oleh kami."
"Tiada apa2 bahan yang dikeluarkan oleh pihak kami, ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak yang berkepentingan"
Tegasnya lagi "Sesungguhnya kami tetap dengan pendirian untuk terlibat dalam politik yang sihat, matang dan bersaing secara sihat dan berhemah"
"Kampus harus dihormati dan jauh sekali perkara ini dari tindakan kami. Maka, sekali lagi Siswa4U menegaskan bahawasanya, penyebaran risalah ini adalah palsu dan tidak berasas".
Tinjauan MyMahasiswa di lama sosial mendapati rata-rata mahasiswa kecewa dengan penyebaran flyers yang jelas memburukkan Siswa4U
Antara komen yang dilontarkan ialah "Pagi pagi jumaat tak elok fitnah orang nih..haish...dah takut dengan siswa4u la h tu"
"Tak takut dgn dosa golongan2 terdesak ni sehingga sanggup memfitnah menyebarkan flyers sempit di pagi penghulu hari yg mulia ini.. Kerja kotor mcmni adalah didikan terlarang yg sinonim dgn gerakan Pro-Mahasiswa Uthm"
"Mahasiswa dah bijak menilai.. Allah takkan memberi kemenangan serta keredhaan pd org2 yg zalim dan menzalimi sebegini.. Kebenaran akan sentiasa berpihak kpd org yg benar,itu janji Allah swt! Kita tolak budaya politik sempit sebegini! Jangan serik dlm menyebarkan KEAMANAN & KEHARMONIAN! Terus melangkah ke hadapan Siswa4U..!"
Selain itu juga terdapat pihak yang mencabar agar Pro Mahasiswa UTHM mengeluarkan bukti 2000 orang yang dikatakan memberi mesej secara inbox kepada mereka.
"Saya tidak rasa Siswa4U mengeluarkan flyers berkenaan memandangkan dalam sidang media Hafiz Ariffin ada mengatakan bahawa Siswa4U akan menggunakan pendekatan politik secara berhemah.Saya juga cabar Pro M UTHM keluarkan bukti 2000 mahasiswa mengadu di inbox mereka"
Ada pihak juga mempersoalkan bagaimana 2000 mahasiswa UTHM boleh mengadu kepada Pro Mahasiswa UTHM dalam masa yang serentak.
PRO-MAHASISWA DAH JADI PRO-MAHAFITNAH
ReplyDeleteapa nak dikato ... tok guru ajar fitnah dapat pahala :)
ReplyDelete