Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, April 24, 2013

[Pakatan Pil Kuda] #PRU13 - Timbalan Pengerusi DAP Penipu - Janice Lee



Walaupun melaungkan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia tetapi DAP ternyata sebuah parti yang langsung tidak mengamalkan segala laungan tersebut. Satu demi satu isu yang melanda parti itu membuatkan DAP tidak boleh menyembunyikan lagi warna sebenarnya yang kuku besi, tidak adil dan rasis. 

Sikap inilah yang menyebabkan berbondong-bondong ahli-ahli dan pemimpin DAP keluar parti di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Rata-rata memberi alasan DAP kuku besi dan anak beranak Lim begitu angkuh, bongkak, sombong serta tidak menghormati sesiapa termasuk ahli dan pemimpin bawahan parti. 

Mungkin kerana tiada lagi tempat untuk mengadu, maka pemimpin DAP yang kecewa memilih media perdana untuk meluahkan perasaan. Antaranya, Janice Lee iaitu penyandang kerusi DUN Teratai yang kini bertanding atas tiket bebas setelah namanya digugurkan oleh DAP. Alasan DAP menggugurkan nama Janice adalah kerana menuduh beliau menggelapkan wang dana. Janice menafikan keras dakwaan itu melalui akhbar New Straits Times. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk bertanding bebas. 

Alasan Janice, wang deposit pencalonan beliau dikumpul dari kutipan derma jawatankuasa penduduk Teratai dan beliau bertanggungjawab memikul harapan mereka untuk terus bertanding. 

Akibatnya, beliau telah dipecat dan tindakannya membela diri melalui media perdana telah dianggap sebagai pengkhianatan oleh DAP. Namun, kes Janice nampaknya tidak terhenti di situ tetapi menjadi semakin rumit. 


Semalam Tan Kok Wai, Pengerusi lembaga disiplin DAP, dilaporkan oleh Guong Ming Daily sebagai menuduh Janice atas tiga kesalahan iaitu menyalahguna dana, menyalahguna kuasa dalam mengendalikan isu dinding penahan di Taman Seraya serta menempelak jawatankuasa disiplin secara terbuka. 

Nanyang Siang Pau dan China Press pula melaporkan Janice mencabar Tan Kok Wai agar menunjukkan bukti. Malah, Janice juga menggelar Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP sebagai penipu. 

Kata Jenice, beliau tidak pernah menyalahguna wang atau kuasa ketika menjalankan tugasnya dan beliau percaya bahawa tidak mustahil tindakan DAP menggugurkan dan kemudian memecatnya adalah berpunca dari kesungguhannya membela rakyat kawasannya tanpa mengira kaum. 

Manurut Janice, beliau agak lantang dalam memperjuangkan suara kaum India di kawasannya dan itu mungkin merupakan pencetus perasaan tidak senang kepimpinan terhadap dirinya. Malah, Janice juga tidak ragu-ragu untuk mempersoalkan isu pemilihan CEC dan cara DAP menanganinya dengan ROS. 

Beliau mengingatkan kepimpinan DAP agar membersihkan diri dahulu sebelum menuduh orang lain. 

Kita hormati pendirian Janice dan amat berharap agar mempunyai pembangkang yang matang dan rasional seperti beliau untuk sama-sama memakmurkan negara ini. Malangnya, orang seperti Janice tidak boleh bertahan lama dalam parti pembangkang yang sedia ada kerana parti pembangkang di Malaysia tidak suka kepada perwatakan pemimpin yang matang, bersih dan lantang. 

Parti PKR dikuasai oleh keluarga Anwar yang turut berpegang kepada pendekatan yang sama iaitu kuku besi sehingga habis lintang pukang jadinya pemilihan parti dan pencalonan kerusi. Parti PAS pula dikuasai oleh pendita-pendita yang ketinggalan di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam. 

Manakala DAP, seperti yang baru disedari oleh Janice, adalah parti keluarga Lim yang bertaraf tokong yang membawa semangat keCinaan yang amat kuat sehingga menolak apa saja yang berbaur perpaduan kaum. Ini adalah hakikat yang telah pun diketahui umum sejak azali lagi. Justeru, kita agak hairan juga kenapa Janice mengambil masa yang agak lama untuk menyedarinya. 

Apapun, nasib baiklah nama Janice digugurkan, kalau tidak tentu beliau masih lagi melihat DAP sebagai parti yang sempurna.

4 comments:

  1. Sudah terlambat bagi Janice berkuburlah anda terus....! Kalau erti kata memperjuangkan kaum atau rakyat bukan Pembangkang pentas yang sesuai tetapi Kerajaan pemerintah BN baru boleh dapat dana..selama ini Janice bantu rakyat kawasannya dapat bantu apa...? Undilah BN..

    ReplyDelete
  2. Dicadangkan Janice kempen penyokong Janice undi BN kalau nak bantu rakyat.....Ada banyak dalam Akujanji BN...

    ReplyDelete
  3. Tak pe Janice, kalo you kalah, i ajak you buka Nite club. You boleh jadi Ibu Ayam..ok tak?? Nak kesian kat you pun tak de maknanya..sbb, sebelum ni masa dlm DAP, you tak hormat kita org..you know what i mean ya??

    ReplyDelete
  4. HEHE KALAU DIA NI JADI GRO TIAP MALAM AKU NAK LANGAN DIA...

    ReplyDelete