Seorang anggota polis adalah antara lapan orang yang didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Anggota polis tersebut, Koperah Hassan Ali Basri didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Manakala, tujuh warga selatan Filipina pula didakwa atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S. Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Bagaimanapaun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Malah, kes Koperah Hassan Ali Basri juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Dia ni lah di makumkan tali barut puak suluk tu..diapun suluk..cari makan di sabah buat onar di sabah sanggup gadai nyawa kekawannya sendiri..gantung sampai mati aja manusia mcm ini
ReplyDelete7 tahun ape rasa.. patut bagi hukuman lebih berat..
ReplyDeleterekod.....
ReplyDeletejgn bagi peluang warisnya untuk memohon Jawatan dalam kerajaan
nti banyak rahasia Kerajaan bocor......
Selepas 7 tahun kluar penjara...pembelot akan ke kepulauan sulu untuk kumpul penganas penganas sulug masuk semula ke sabah tujuan balas dendam...ni kompon jadi punya ..sebab dendam bangsa sulug dendam sampai mati punya....untuk mengelak perkara ini belaku...hukuman gantung sampai mati saja jawabnya...untuk pembelot pembelot negara...
ReplyDelete