Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 7, 2013

[Kerana TAKUT KALAH] Anwar Ibrahim umum bertanding di Permatang Pauh



Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan beliau akan kekal bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh sekali gus menamatkan teka-teki tentang kerusi yang akan ditandingi Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar semalam membayangkan beliau mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Perak kononnya mahu membantu pakatan pembangkang menawan negeri itu mengikut jejak langkah veteran DAP Lim Kit Siang yang berpindah ke Gelang Patah.

Namun menurutnya, penyokong PKR di Permatang Pauh tidak bersetuju dengan cadangan itu dan mahu beliau kekal di kerusinya.

"Niat saya nak bagi lonjakan, tapi saya dan Wan Azizah (isteri) terhutang budi kepada masyarakat Permatang Pauh. Strategi menuntut untuk saya ke Tambun, tetapi soal keluarga dan semangat, insy-Allah saya akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh," kata beliau.

Pengumuman Anwar disifatkan sebagai menyahut cabaran Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini mempersoal kesetiaan Ketua Umum PKR itu yang berhasrat bertanding di Perak.

"Saya rasa Anwar tidak rasa selamat di Permatang Pauh dan ini akan meninggalkan penyokongnya yang selama ini memberi sokongan kepada dia.

"Contohnya saya tidak pernah bermimpi untuk meninggalkan Pekan, saya akan hidup dan mati (politik) di Pekan," kata Najib.

Anwar mula menjadi wakil rakyat Permatang Pauh pada tahun 1982 ketika bersama Umno. Beliau kemudian digantikan oleh isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada tahun 1999 ketika beliau menjalani hukuman penjara atas tuduhan rasuah dan liwat sebelum dibebaskan pada tahun 2004.

Wan Azizah kemudian mengambil keputusan melepaskan kerusi berkenaan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di Permatang Pauh pada 2008.

Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerajaan BN pada tahun 2008.

Anwar selain itu mengumumkan muka baru Mohammad Bakhtiar Wan Chik menggantikan Yusmadi Yusoff di kerusi Parlimen Balik Pulau dan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze sebagai calon bagi Parlimen Bayan Baru.
Untuk rekod, kerusi Bayan Baru sebelum ini disandang oleh Datuk Zahrain Mohamed Hashim yang keluar PKR dan kini merupakan Ahli Parlimen Bebas.

Beliau berkata Yusmadi yang sebelum ini menjadi ahli Parlimen di kerusi berkenaan akan beralih tugas di bahagian sekretariat parti itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada YB Yusmadi atas perkhidmatan beliau, kita ada tugasan lain untuk beliau di dalam pejabat saya dan sekretariat.

"Jadi dengan ini saya dengan sukacita mengumumkan saudara Bakhtiar Wan Chik bertanding di Parlimen Balik Pulau," katanya lagi.

2 comments:

  1. hai bang nua...

    jambu baru keje dalam pejabat ke...

    ReplyDelete
  2. Berani nk bertanding kat Tambun... jawabnye x dok dlm dewan parlimen la ko lps PRU...

    ReplyDelete