Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, March 9, 2013

Update Lahad Datu Ops Daulat: Seorang lagi militan ditembak mati



Ops Daulat pada jam 8 pagi tadi telah berjaya menembak mati seorang lagi penceroboh militan bersenjata Sulu yang dipercayai cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanduo.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar menjadikan jumlah penceroboh yang ditembak mati meningkat kepada 53 orang.

"Pada jam 8 pagi tadi, salah seorang penceroboh cuba keluar dari kawasan kepungan. Tembak menembak telah berlaku antara anggota keselamatan dan seorang penceroboh Sulu. Maka sejak operasi dijalankan, jumlah penceroboh yang ditembak mati 53 orang,

"79 suspek telah kita tangkap, ada dalam tahanan pihak polis. Siasatan sedang dijalankan ke atas mereka tentang penglibatan mereka dengan penceroboh. Setakat ini 53 pengganas maut," kata Ismail pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu, hari ini.

Zulkifeli berkata beliau yakin penceroboh kini terperangkap di Tanduo dan Tanjung Batu dan keutamaan operasi akan diberikan di kawasan tersebut.

Malah beliau yakin penceroboh akan cuba kembali ke Kampung Tanduo.

"Mereka cuba bersembunyi (di) kawasan hutan sekunder. Proses pembersihan akan dijalankan dari utara hingga Kampung Tanduo.

"Musuh bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil. Mayat-mayat musuh masih dalam kawasan operasi.

Dalam pada itu Ismail turut menafikan bahawa terdapat anggota keselamatan yang menjadi tebusan dan tawanan pihak penceroboh.

"Tiada tebusan, kami tidak dapat maklumat mengenai tebusan," kata beliau merujuk kepada Jamalul Kiram yang mendakwa askarnya kini menjadikan empat anggota keselamatan negara sebagai tebusan.

Bernama pagi tadi melaporkan bahawa terdengar bunyi letupan dari kawasan operasi  selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan sulu yang menjadi Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, sebagai kubu mereka sejak 12 Februari lalu.


1 comment:

  1. Agaknya lebai2 ni takut aljub dari pengganas sulu ni.

    ReplyDelete