Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, March 9, 2013

Lahad Datu Terkini - 79 penceroboh ditahan Polis


Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Februari lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
 
Kata beliau, mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.
 
Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu. 
 
"Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Ops Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.
 
Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh.

No comments:

Post a Comment