Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 27, 2013

Tun Dr Mahathir : Najib perlu buang pemimpin luput tarikh



Nama-nama baru dalam Kabinet dapat membantu memperkukuhkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Meneri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendiriannya itu selari dengan kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang ditemubual akhbar New Strraits Times baru- baru ini.

Daim sebelum ini berkata walaupun Perdana Menteri  membuat “kerja dengan baik” ia tetap merisikokan pentadbirannya keraja beliau membawa “terlalu banyak kayu mati”.


Najib juga katanya perlu menyusun semula pentadbiran dan membuang mereka yang tidak berprestasi baik.

“Ya, saya setuju dengan dia. Pokok mati harus ditebang dan dibuang supaya pokok baru dapat ditanam,” kata Mahathir menyokong kenyataan Daim kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Dalam wawancara sepanjang tiga muka surat itu, Daim menyatakan Najib melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata: "Uji beliau. Berikan beliau mandat.

Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.

10 comments:

  1. Pokok mati bkn saja berada dalam pentadbiran...malah banyak juga d peringkat bahagian...dan cawangan...juga perlu d tebang...ini adalah kritikan membina...jangan ambil hati atau terasa...

    ReplyDelete
  2. banyak sangat tebang pokok dok lestari pulak malaysia.hak hak hak

    ReplyDelete
  3. kat kedah..tebang abis.....muda tua,hidup mata samataleh lah...
    hidup pakjan....
    keekekekekek

    ReplyDelete
  4. Bentuk balik struktur kabinet menteri..janji kerja2 dpt dilsksanakn dgn lebih baik...

    ReplyDelete
  5. Orang pertama yang patut di tebang adalah Hishamudin...Najib ade berani ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut ditebang 100% Hishamudin dari jawatan Kabenit aku setuju 101% buat semakkkkkk Kabenit je.

      Delete
    2. H2O yg cukup tak ada hasil. Satu lagi si Rais Yatim. Irang dah ke langit. Dia duk ingat kommunikasi tu SASTERA TINGKATAN 6!!

      Delete
  6. Amat bersetuju diatas pandangan Tun-Tun itu yang "expired and contaminated plus under performing" seperti Hishamudin Husin dan Zahid Hamidi.

    ReplyDelete
  7. betul sgt dan setuju sgt, lihat lah sampai sekarang dah dekat dgn pru13 pun,,,adoiiii berapa org sahaja yg kerja, yg lain sembunyi bawah selimut kumpul duit takut nak belanja,,,kalau2 kalah atleast duit ada lagi....mcm mana nak menang. penakut,,,harap cium keris saja tak berguna.

    ReplyDelete
  8. Bukan sekadar Hishamuddin, Rais yatim dan Zahid jer yg patut diganti baru malah ramai lagi... Nazri Aziz yang telalu banyak cakap merapu, Adnan yaakob yang tah ape2 yg dia buat, malah peringkat setiausaha pun hancuss.. aziz kassim dan shafie abdullah tu tak nampak langsung kewibawaan mereka sebagai setiausaha PM... tak kan tak ada yang lebih berkaliber lagi di malaysia ni??? kalau macam Dato Ali rustam patut di beri mandat lagi kerana nampak peningkat yg drastik di negeri melaka...

    ReplyDelete