Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.
Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ini kali pertama DUN sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.
DUN terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.
Ketika ditemui wartawan di Seremban semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ADUN negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran DUN secara automatik.
Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya Umum 2008 tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.
Beliau yang juga ADUN Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.
Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan DUN Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.
Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan DUN akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.
Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.
Lazimnya, hampir kesemua DUN dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.
Malah ini juga kali pertama DUN negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.
Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh perikatan bernama Pakatan Rakyat.
Pada 8 Mac lalu, BN memenangi 21 kerusi manakala PAS (satu), DAP (10) dan PKR (empat). Pada Oktober 2009, BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang. -mstar online
Menteri Besar N Sembilan mencatat sejarah sebagai menteri besar yang tak tahu adat. Malang sunggoh bila ada menteri besar yang sepatutnya mengetuai penghormatan kepada raja-raja Melayu berlaku biadap dengan membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar sendiri sebelum mengadap baginda terlebih dahulu. M B Negeri Sembilan anda memang biadap dan menderhaka.
ReplyDeletemangkok...! tak baca ke mb da pi mengadap yang di pertua...
DeleteMemang sedih bila ketua negeri sendiri buat tak senonoh. Jangan marahlah nanti bila bangsa lain kurang ajar kerana kita mulakan sendiri.
ReplyDeleteDah bubar sendiri baru nak mengadap. Selama ni tak ada masa ke?
ReplyDelete