Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 1, 2013

[TERKINI Lahad Datu] Ceroboh Sabah: 2 komando polis maut terkena mortar




LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
   
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
   
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
   
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
   
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama

3 comments:

  1. aisey.. provokasi apa dorg buat ni??

    ReplyDelete
  2. takziah kpd keluarga mangsa. govt kena lebih tegas ni.

    ReplyDelete
  3. Malunya PDRM..byk pandangan negatif tentang kerajaan kita.....eloklah menteri sepupu najib..lembik , layu, bapuk, pondan....harap tentera sultan sulu datang beramai ramai, supaya menteri tu boleh berunding dan beri amaran kagi heheh

    ReplyDelete