Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 1, 2013

[Regim PKR Tipu Rakyat] Isu Datum Jelatek: 'Azmin perbodohkan penduduk' #ManifestoBukanJanji



Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad menolak kenyataan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali bahawa kerajaan negeri akan membeli unit-unit kondominium tersebut bagi mengekalkan 50% pemilikan bumiputera sekiranya golongan itu tidak berkemampuan untuk memilikinya.
 
Azmin hanya membuat kenyataan itu melalui laman blognya dan bukannya bersemuka dengan penduduk yang terkesan dengan projek itu.
 
"Tan Sri Khalid dah umum baru-baru ini kalau ada Melayu yang tak mampu membeli unit tersebut kerajaan negeri akan beli unit tersebut dan kekalkan pegangan hak miliknya," kata Azmin dalam laman blognya.
 
Salleh ketika dihubungi Antarapos berkata kenyataan Azmin itu langsung tidak masuk akal dan jelas ADUN Bukit Antarabangsa itu sedang memperbodohkan penduduk yang menjadi mangsa dalam projek mewah itu.
 
"Tindakan Azmin itu sekadar mahu mengaburi mata rakyat dia kata (kerajaan negeri) akan beli. Ini kenyataan yang bodoh, kalau nak sewa macam mana? Nak jadikan hotel ke? Macam mana dia nak dapat pulang pelaburan (Return of Investment) kalau dia beli harga macam tu ?

"Perjumpaan saya dengan Mior Mahathir Sallahuddin pada 29 Januari lalu di pejabat PKNS Holdings Shah Alam mengesahkan bahawa blok A, C telah dijual di Singapura. Manakala B, D pula akan mula dijual pada minggu pertama bulan Mac di Kuala Lumpur," jelas beliau ketika dihubungi.
 
Mior adalah pengurus kumpulan strategi pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang bertanggungjawab dalam memberikan segala maklumat projek mewah berkenaan.
Datum Jelatek sebelum ini diuar-uarkan sebagai projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat.
 
Projek itu tiba-tiba bertukar status apabila pemaju dikatakan akan membina bangunan 45 tingkat merangkumi pejabat, hotel dan pusat membeli-belah yang tentunya disasarkan kepada golongan berada.
 
Ini kerana harga minima seunit kondominium adalah RM700,000 yang tentunya tidak mampu dibeli penduduk setempat.
 
Kata Salleh lagi, beliau tidak mahu kerajaan negeri mahu pun pemimpin-pemimpin mereka menjawab kontroversi ini di laman sosial sahaja tetapi tampil untuk berjumpa penduduk di sini bagi memberikan penjelasan.
 
Namun sehingga hari ini tiada seorang pemimpin Pakatan Rakyat hadir berjumpa dengan mereka.
 
"Itu alasan, sekarang mereka ni dah tersepit. Saya dah penat nak layan (karenah) saya dah minta mereka berjumpa dengan penduduk tetapi mereka tak turun tapi sekarang mereka menjawab menggunakan laman web (youtube). Ini menunjukkan mereka ini tak ikhlas," katanya kesal.
 
Tambahnya lagi berhubung soal pampasan itu tidak timbul kerana jika dilihat cadangan awal oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberitahu bahawa projek yang akan dibina adalah projek perumahan mampu milik untuk penduduk Melayu setempat. 
 
"Itu tak timbul, kenapa dulu tak cakap premium (tanah) tu RM52 juta? Kenapa dulu tak cakap? Kenapa dulu letak papan tanda janji projek lain? Bayaran pampasan tu tak setimpal, bila dah tawar duit siapa yang tak nak ?," ujarnya lagi.
 
Baru-baru ini lebih 500 penduduk di sekitar Keramat menyertai perhimpunan secara aman bagi membantah projek Datum Jelatek yang bernilai RM1.2 bilion yang dijadualkan siap 2016

No comments:

Post a Comment