Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 8, 2013

TERKINI - Kenyataan Media Saiful Bukhari, Permainan Anwar Ibrahim Cukup JIJIK





Bismillahirahmannirrahim.

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Bangsa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga membuat amaran kepada Anwar bin Ibrahim, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

5. Walau apa pun berlaku saya yakin pada Allah swt, kebenaran tidak dapat dihapuskan.

6. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang berlaku walaupun berlaku, saya yakin kepada Allah swt yang benar tetap benar.

7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa.

8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga akhir hayat.

9. Kepada seluruh Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim.

10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita berdoa dan pertahankan.

11. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.

Bertarikh pada 8 Mac 2013.

Mohd Saiful Bukhari bin Azla

5 comments:

  1. Saiful bangang, Anwar pun tak memerlukan statement dari Bapanya atau pun sesiapa yang bersekongkol, beliau telah menyatakan penafiannya sejak dari mula lagi, terpulanglah kalau ada antara mereka ini yang insaf atas kesilapan sendiri untuk membuat pengakuan,,,

    ReplyDelete
  2. Dah agak dah perkara ni akan berlaku...tengok bapak dia 2x5 Anuar je.....

    ReplyDelete
  3. Anon 7.57, Kalau saiful buat pengakuan, itu fitnah? Bapa saiful bagi kenyataan, itu kesedaran? bullshit la, nafi semua org leh nafi, tapi sumpah x berani, mcm2 lak alasan, aku cabar bapak saiful lak yg sumpah dgn nama Allah dalam masjid kalau dia di pihak yang benar.....

    ReplyDelete
  4. pic tahu bila tuh?

    ReplyDelete
  5. kes liwat 2
    Saiful tidak didakwa di mahkamah kerana beliau adalah pengadu yang didakwa diliwat. Anehnya, dalam kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan terkutuk itu.[11]

    Pada 14 Ogos 2008, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar akhirnya kesal mengapa salinan laporan polis tidak diserahkan. Tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh mendapatkan salinan itu kerana ia dibenarkan mengikut proses perundangan.[19] Setahun kemudian, Syed Hamid digugurkan daripada jawatan menteri.

    kes liwat 1
    Anwar mulanya dituduh meliwat Azizan pada tahun 1994. Walau bagaimana pun dalam keterangannya, Azizan berkata beliau tidak diliwat selepas 1992, jadi tarikh tersebut dipinda kepada 1992.
    Apabila menyedari bahawa Tivolli Villa, bangunan yang dikatakan berlakunya kejadian itu belum siap pada tahun 1992, tarikh dipinda lagi kepada ‘satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993.

    sumber: wikipedia

    UMporNO dengan pornonya...

    ReplyDelete