Hasrat pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Hijau Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP di kawasan Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, nyata awal-awal lagi sudah 'ditolak' oleh penduduk.
Kalangan penduduk di kawasan Parlimen itu yang ditemui menyifatkan Wong bukanlah tandingan penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang dilihat berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di kawasan itu.
Seorang penduduk di sini, Tan Yok Kun, 65, menyifatkan hasrat Wong itu sebagai angan Mat Jenin kerana mendakwa penduduk amat mengenali 'siapa dia yang sebenar'.
"Dia (Wong Tack) mendakwa dia penduduk asal Telemong, Bentong, tapi bila dia susah dulu, dia lari ke Sabah. Sekarang bila senang, baru balik sini, mahu jadi calon dan mula berbaik-baik dengan penduduk dan kawan-kawan lama.
"Pada mula-mula dia jadi penyelaras badan bukan kerajaan Himpunan Hijau, dia ajak ramai orang ikut dia berjalan kaki ke ibu negara, sekarang pula mahu jadi ahli politik. Ramai orang marah sebab dia gunakan Himpunan Hijau untuk kepentingan peribadi," katanya.
Penduduk Kampung Ketari di sini, V. Munusami, 60, berkata pembangkang tidak ada harapan berdasarkan rekod perkhidmatan cemerlang Liow sebagai anggota Parlimen yang sentiasa turun padang dan membantu rakyat.
"Banyak kemajuan sudah dibawa ke daerah Bentong, di sini sudah ada pusat komersial malah penduduk mudah cari makan dan cari wang. Saya tidak nampak apa lagi pembangkang boleh jadikan isu.
"Kalau Wong Tuck mahu teruskan niatnya jadi calon, kita tidak ada masalah, tapi kita tidak akan sokong dia," katanya.
Bagi Yong Si Chun, 64, yang mendakwa mengenali Wong sejak dulu, berkata penduduk berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa dan memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum.
"Pembangkang susah menang di sini kerana pembangkang hanya tahu mengkritik serta menafikan kejayaan kerajaan BN.
"Jika mereka letakkan Wong Tack sebagai calon, saya berani kata Datuk Seri Liow Tiong Lai akan menang dengan majoriti besar kerana pengundi sudah tahu akan jasanya," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika diminta mengulas berkata hasrat Wong untuk bertanding dilihat bertentangan dengan prinsip Himpunan Hijau sebagai sebuah NGO.
"Malah ada anggota Himpunan Hijau mendesak beliau meletakkan jawatan pengerusi organisasi itu.
"Wong Tack telah menggunakan Himpunan Hijau untuk mempopularkan diri sendiri dengan menentang projek (kilang nadir bumi) Lynas (di Gebeng, Kuantan) sedangkan dia "ada udang di sebalik batu"," katanya.
Beliau berkata pengundi sudah tentu dapat menilai kewibawaan dan ketokohan Liow yang telah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan pengundi di kawasan Parlimen Bentong.
Menteri Besar yakin Parlimen Bentong tetap menjadi kubu kuat MCA dan BN di Pahang.
sy setuju org bentong mmg akan pilih bn sbb smlm sy lalu kat bentong bdr tepi highway penuh giler dgn bendera bn. roket ada sikit sgt padahal c2 total cina. cayalah rs bangga bila tgk
ReplyDeleteMusibat mcm WONG FUCK ni memang besar punya ANAK HARAM yg konon nya aktivis Hijau tapi sama saja mcm hamPAS memperalatkan AGAMA SUCI ISLAM untuk kepentingan peribadi yg songsang!!
ReplyDeleteTabiat PR aka PAKATAN RANJANG!! kuat mantat sampaikan rakyat pon di mantat!!