Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.
Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.
"Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.
Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka. "Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.
Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.
Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.
Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu. Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan. - BERNAMA
Semuga Allah melindungi anggota PDRM dan ATM yang sedang berkhidmat di ops Daulat. Semuga kemenangan dipihak pasukan keselamatan Malaysia.
ReplyDeleteKepada pengganas Sulu, perjuangan anda sia sia. perjuangan anda persis seperti perjuangan TNI semasa konfrantasi dengan Indonesia dahulu.
Dulu TNI mati sia sia kerana di perbodohkan SUKARNO dan kini pengganas Sulu mati sia sia di perbodohkan oleh KIRAM, ANWAR dan NOOR MISUARI. Yang tertawa adalah AMERIKA DAN ZIONIS YAHUDI.
Semuga Allah memberikan hidayah kebenaran kepada yang telah diperbodohkan oleh Dajjal Dajjal tersebut.