Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 19, 2013

Lahad Datu Terkini - Guru digantung tugas atas komen Lahad Datu



Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang.

"Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis," kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai "anjing" dan menganggap kematian mereka sebagai "mati katak" dalam laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu.

Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh.

10 comments:

  1. Mna dia gang gang hok mu sokong tu panggil la depa tolong jaga anajk bini hang

    ReplyDelete
  2. Maka lepas ni buleh lah join cikgu mala cikgu bard dan ramai lagi cikgu cikgu yg sewaktu dgn nya!

    ReplyDelete
  3. cerah utk jadi calun pru 13.pr kan suka pada org yg gila-gila tapi bukan gila.

    ReplyDelete
  4. Cnfm akan diusung ke ceramah ni

    ReplyDelete
  5. Padan muka....! tak ada kejo lain....nama saja guru tapi otak bangang, belajar tinggi dapat bantuan kerajaan tapi otak masih bangang...! Nasib baik kena gantung tugas kalau tidak lebih ramai anak murud jadi bangang. Harap Jabatan Pelajaran buang kerja saja lepas ni.....

    ReplyDelete
  6. MASE NI AKU RASA BARU CIKGU TU TERSEDO DARI LAMUNAN....(LAGU DATO'HATTAN), BILE KENA GANTUNG TUGAS, GAJI TARAK, SORU MISS..BARU TAHU..P LAH MINTAK TOLONG DOK YANG MUNG POJI2 SELAMA NI..

    ReplyDelete
  7. Padan muka lu........

    ReplyDelete
  8. hahahaaaa...padan muka luu cikgu..semoga gelap masa depan ko lepas ni

    ReplyDelete
  9. lepas ni cikgu2 yg rasa diri mereka cerdik & kebal boleh la buat bodoh pulak atau mengaku kurang siuman, setidak2nya org hack akaun dia... kesian sangat

    ReplyDelete
  10. Dari Kelantan Juga.....

    ReplyDelete