Minda Hijrah Headline Animator

Monday, March 11, 2013

[GILO] Bapa Saiful masuk PKR sebab "lama" minat Anwar ... Jeng ... Jeng ... Jeng

Kenyataan berani mati bapa Saiful "Saya telah lama 'minat' Anwar"


Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini menyertai PKR, setelah mengaku beliau sudah lama meminati kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah ketika Ketua Pembangkang itu terpalit dengan dakwaan meliwat anaknya.
 
Azlan Mohd Lazim berkata beliau menyokong kepimpinan Anwar  sejak tahun 1998 apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat  daripada Umno dan kerajaan selepas dituduh oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai tidak bermoral.
 
Azlan hadir pada sidang media keduanya dalam tempoh beberapa hari bersama pemimpin-pemimpin PKR dan PAS namun enggan menjawab sebarang persoalan mengenai  Saiful.
  
"Tujuan saya hadir untuk menyerahkan borang permohonan sebagai Ahli PKR," katanya sambil menegaskan beliau berpegang kepada kenyatannya 8 Mac lalu.

Pada tarikh itu, Azlan menarik balik segala tuduhan beliau terhadap Anwar, selepas lima tahun. Beliau juga menafikan anaknya di liwat oleh Ketua Pembangkang itu pada Jun 2008.
 
Bagaimanapun dalam sidang media berasingan, Saiful tegas bahawa beliau mangsa liwat Anwar dan kesal dengan tindakan bapanya itu. Beliau juga mengingatkan Anwar supaya tidak memperalatkan bapanya demi mencari keuntungan politik.
 
Azlan mendakwa beliau sudah lama “ berjuang sejak 1998  sebagai penyokong di peringkat akar umbi PKR.”  
 
"Saya amat meminati PKR dan hari ini saya menyokong penuh kepimpinan DSAI dan saya mendoakan agar kepimpinan PKR dan PR akan mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU13 nanti berbanding keputusan PRU12," katanya.
 
Pemimpin-pemimpin PKR enggan mengesahkan sama ada Azlan akan digunakan dalam ceramah-ceramah pembangkang untuk menangkis dakwaan mengenai perlakuan seks Anwar menjelang PRU 13.
 
Pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Azlan disuruh membuat penafian itu bagi “melembutkan’ PAS yang setakat ini enggan memberikan mandat terbuka kepada Anwar sebagai calon  Perdana Menteri pembangkang.
 
Ia juga bagi mencari undi Melayu yang menjadi kunci kepada nasib Pakatan Rakyat, khususnya PKR,  pada PRU 13.
 

3 comments:

  1. Lol bodoh bertingkat Bapa Saiful ni. Bila masuk PKR lagilah statement U-Turn dia tak ada value. Elok-elok value= 0 sekarang dah jadi negative.

    (minta maaf Saiful dia ayah saudara juga. Harap jangan terasa)

    ReplyDelete
  2. rasuahlah tu og melayu pelahap gadaikan maruah diri dan anak.bangsa lain geleng kepala

    ReplyDelete
  3. patut amno beri duit secara berterusan baru la penyokong tak lari......

    ReplyDelete