Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 12, 2013

[Barua DAP mahu bakar Lynas] Wong Tack umum tanding PR kerusi Bentong




Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.


Beliau berkata, selepas beberapa minggu berbincang dengan jawatankuasa kumpulan dengan sokongan pemimpin-pemimpin masyarakat sivil, beliau berhasrat untuk mewakili suara rakyat, terutamanya dalam isu persekitaran.



"Rakyat telah bergelut dalam masa dua tahun menentang Lynas dan projek lain yang berbahaya. Rakyat berterusan membuat protes, menghantar memorandum dan mengambil tindakan melalui cara undang-undang.



"Bagaimanapun, kami terus dihampakan, kesemua suara dan pandangan kami tidak didengari oleh pihak berkuasa.



"Ini membuat kami tiada pilihan tetapi dengan menggunakan platform politik mengusir keluar rejim sekarang untuk memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memenuhi janji kepada rakyat apabila mereka berkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wong menambah matlamat utama Himpunan Hijau adalah untuk memansuhkan Lynas dan menjadi sebahagian daripada proses membuat dasar dalam kerajaan baru merujuk kepada perlindungan alam sekitar dan pembangunan mampan.


"Himpunan Hijau tidak mungkin mempunyai sebarang pengalaman politik dan sumber-sumber, tetapi kami percaya bahawa kita membuat suara hati rakyat.



"Oleh itu, kita akan tampil ke hadapan untuk menyahut cabaran ini. Marilah kita mulakan dengan Bentong dan mengembangkan momentum ke seluruh negara," katanya.



Wong juga berkata beliau akan bertanding di Bentong kerana ia merupakan titik fokus kempen Himpunan Hijau Pahang.



"Ia adalah tempat di mana Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob telah mencabar rakyat. Keangkuhan sebegini yang ditunjukkan oleh pemimpin negeri adalah sama sekali tidak boleh diterima. Oleh itu, orang ramai akan mengambil cabaran ini untuk mengingatkan mereka yang berkuasa bahawa kuasa mereka adalah di tangan rakyat," katanya.



Wong merujuk kepada kenyataan Adnan bahawa pilihan raya akan datang akan menjadi sebagai referendum mengenai isu Lynas untuk orang Kuantan.



Adnan adalah ADUN Pelangai di kawasan Parlimen Bentong manakala penyandang Ahli Parlimen Bentong adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.



Wong dijangka untuk bertanding sebagai calon di bawah satu bendera parti komponen Pakatan Rakyat.

4 comments:

  1. Cakap kat dia...projek BN nak buat tunnel di Penang telah dibantah oleh anak-anak haram DAP... sekarang ni anak haram lim kit siang tu nak start balik buat tunnel... RM6.8 Billion tu..... 2X5 5X2 sama saja.. mamat syiah tu cakap... dia sokong pemimpin LGBT asalkan tak salahguna kosa...pirahhhh... anak haram kit siang x salahguna kuasa...???? mcm ludah ke langit.

    ReplyDelete
  2. Its ok, ini kalilah wong tuck akan tahu bagaimana rasanya kalah dikalangan masyarakat, bukan kalah dalam mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Wong TAT alias PAN TAT...aku ingat kau ni menempah MAUT la..silap silap HILANG DEPOSIT..kau x tahu ke Nuar a/l Berahim cakap klu FUCKATAN menang pun LYNAS X AKAN DI TUTUP..kau sebenar nya nak jadi MP..tu aje niat kau.kan kan?pegiiiiii dah...

    ReplyDelete
  4. Kalau LYNAS tu..tokey dia cina mampuih tak bantah...bangsa haram...

    ReplyDelete