Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 12, 2013

Lahad Datu terkini - Op Daulat: Seorang Tentera Disahkan Terkorban

1124833 Kpl Khairul Anuar semasa dirawat kerana cedera


Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa. Namun nama anggota tersebut tidak dijelaskan.  Teman dimaklumkan pengganas Sulu bertindak pengecut dengan menyamar sebagai orang awam dan membuat serang hendap dan lari.

Semoga Allah Mencucuri roh wira negara ini...Allahuakbar!!

UPDATE : 

Gugur lagi kemboja
Ya allah Ya allah - untuk mu pahlawan - al fatihah

1163468 Pbt Mohd Hurairah dari 7md,Kem Kukusan Tawau sabah trbunuh dlm prtempuran d Kg Tg Batu Lahad Datu pagi td. Arwah brasal dari Kelantan

2 comments:

  1. Tabahkan hati dan kuatkan semangat anda wahai pejuang2 agama, bangsa dan negara. Pemergianmu amat disanjungi dan akan dikenang oleh semua rakyat malaysia. Matimu adalah syahid.. alfatihah

    ReplyDelete
  2. alfatihah .. semoga dikau bahagia di Jannah... terima kasih kerana pengorbanan yang tidak terhingga buat kami rakyat malaysia....

    ReplyDelete