Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 12, 2013

[Ulasan] Mengapakah perjuangan PAS berubah-ubah? - Bahagian 1




Yang jelas, Datuk Harun Din tetap berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama parti bahawasanya kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan Syura menetapkan ia tidak boleh dibenarkan untuk diguna pakai dalam Bible berbahasa Melayu.
 
Sebab itu, walau dipujuk oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu, pada malam Selasa, 4 Februari lalu, pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS itu tidak goyah. Pada malam esoknya, beliau berada di Melaka untuk menyebarkan keputusan Majlis Syura berkenaan. 
 
Begitu juga dengan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib. Beliau menyerahkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan jika ada dikalangan anggota Pakatan Rakyat tidak kira PAS atau PKR yang mahu meneruskan gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu Bible bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah disebar-guna di seluruh negara.
 
Harun Taib lebih cintakan kebenaran dan umat Melayu Islam
 
Bukan Harun Taib tidak peduli atau kurang kasihnya pada PAS. Namun sebaliknya beliau lebih cintakan kebenaran dan umat Melayu Islam supaya jangan ditimpa mudarat lebih besar di kemudian hari tergelincir dari landasan iman dek sikap liberal segolongan pemimpin PAS yang tidak segan silu mengenepikan pandangan ulama dan kemaslahatan umat di masa akan datang.
 
Perbedaan pandangan ini nyata. Sebab itu, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun bungkam. Pada mulanya beliau berserta dalam kotak pemikiran Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan sesiapa sahaja asalkan bukan dengan tujuan menghina agama umat Islam. 
 
Bagaimanapun apabila mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu, beliau akur bahawa hujah ulama lain lebih bernas daripada pegangannya. Setelah menurunkan tandatangan di atas lembaran ketetapan Majlis Syura itu, Nik Aziz terpaksa kelu. Beliau menjunjung kewibawaan Majlis Syura yang dipengerusikannya. Beliau tidak akan menyanggahnya. 
 
Soal berubah haluan dan citarasa adalah lumrah dalam PAS?
 
Namun ada pandangan luar PAS yang menganggap soal berubah haluan dan citarasa adalah lumrah dalam PAS. Menurut pendakwah, Datuk Dr Asri Zainal Abidin ketidaktentuan pemikiran kepimpinan PAS ini membiak kecelaruan dalam pemikiran pengikut dan pemimpin PAS. 
 
“Saya rasa ada kekeliruan pada pendirian PAS dalam masalah itu. Sekejap dia cakap lain, sekejap cakap lain (pula),’ katanya, ketika mengulas keengganan pimpinan PAS untuk merujuk kembali kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat bahawa pendirian PAS sudah berubah daripada pandangan presidennya yang dibuat dalam mesyuarat berkenaan pada 8 Januari 2013.

bersambung .......

No comments:

Post a Comment