Nik Aziz pujuk Karpal dengan sebiji kek
Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh dengan buah tangan sebiji kek sempena hari jadi Nik Aziz sendiri. Pelik benar politik PAS. Untuk memujuk Karpal supaya jangan bersikap “degil menolak perjuangan PAS”, diplomasi PAS ialah sebiji kek?
Pengumuman Haji Hadi isu kalimah Allah sudah selesai dengan buah tangan sebiji kek menyinggung perasaan Karpal. Ini kerana dalam pertemuannya dengan Nik Aziz, Karpal
berkata, isu kalimah tidak ditimbulkan.
Apakah dengan menunjukkan kepada media ada ikatan silaturrahim dan setiakawan di antara pemimpin PAS dengan pengerusi DAP, maka perbalahan mereka sudah terlerai?
Merata rakyat bercerita mengenai penggugurannya dari Dewan Ulama PAS tetapi hingga Sabtu, 2 Februari 2013, beliau belum menerima surat rasmi berhubung isu yang besar kesannya itu. Walhal keputusan menggugurkan Nasharudin dibuat pada 13 Januari oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh Nik Aziz sendiri!
No comments:
Post a Comment