Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 5, 2013

[Lawak Lobai Macho] Sasar 22 kerusi Dun, PAS yakin tawan Terengganu

Lobai nie ingat SPR kira undi macam pemilihan DAP ka?


Pas Terengganu meletakkan sasaran menang di 22 atau 23 kerusi Dun untuk mencapai matlamat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
Pendedahan itu dibuat Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berikutan laporan bahawa Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis menawan 28 kerusi Dun pada PRU13 akan datang, termasuk empat kerusi pembangkang.
Satiful Bahri berkata, sasaran pihaknya bersandarkan kajian di peringkat dalaman parti dan juga perkembangan semasa yang didakwa memperlihatkan perubahan dan sokongan ketara rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).
“Insya Allah, kita boleh menang dengan jumlah tersebut di Terengganu. Harap rakyat akan buat perubahan yang besar. Kita yakin dengan perkembangan dan kajian dijalankan PR, kita bukan hanya mampu tawan Putrajaya tetapi juga Wisma Darul Iman,” katanya, di sini.


Beliau tidak menolak kemungkinan sejarah peralihan kuasa politik di Terengganu pada 1999 akan berulang pada PRU13.
Pada pilihan raya umum lalu, BN Terengganu berjaya menguasai 24 kerusi Dun, manakala lapan kerusi lain disandang pembangkang.
Mengulas lanjut, Satiful Bahri percaya sokongan rakyat bakal berpihak kepada pembangkang walaupun Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dalam laporan 29 Januari lalu menyifatkan empat kerusi pembangkang mampu ditawan BN iaitu Ladang, Bukit Payung, Bukit Tunggal dan Manir, selain mempertahankan kerusi sedia ada.
Satiful Bahri menjelaskan, perubahan sokongan rakyat terhadap PR dilihat berlaku secara menyeluruh, bukan sahaja di Pantai Barat sebagaimana ditunjukkan, malah kini turut merebak ke Terengganu.
Jelasnya, keadaan itu berlaku berikutan pengundi muda jauh lebih bermaklumat untuk membuat pilihan secara bijak melalui perkembangan politik semasa negara, selain perubahan ketara dalam kalangan masyarakat Tionghoa.
Sehubungan itu, beliau tidak menafikan sasaran BN itu bertujuan mengekalkan sokongan sedia ada khusus di peringkat akar umbi.
“Sasaran dibuat Umno itu hanyalah perang saraf kerana mereka dalam keadaan terdesak, takut hilang pengundi dan penyokong. Mereka mahu memberi keyakinan kepada peringkat akar umbi, sedangkan perubahan rakyat itu boleh nampak,” katanya.

1 comment: