Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 25, 2013

[TERKINI Konvensyen Pakatan] Hadi Awang samakan BR1M dengan habuan Firaun




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan serangan terhadap Barisan Nasional apabila menyifatkan  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.

"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.

Beliau dalam ucapannya pada sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini mendakwa program bantuan tunai BR1M yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk memancing undi selain menyifatkan penerima bantuan tersebut sebagai bodoh.

Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang membayangkan pemberian BR1M umpama memberi makanan kepada haiwan.

Hadi dalam ucapannya terus menuding jari kepada kerajaan BN mendakwa rakyat selama ini telah dinafikan hak demokrasi melalui sekatan maklumat justeru mengakibatkan pentadbiran negara tidak dapat dinilai secara adil.

Justeru beliau menyifatkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Putrajaya, maka mereka bersedia dihukum oleh rakyat.

"Sekiranya kita menang, kerajaan PR tidak berlagak menjadi tuhan, PR bersedia untuk dihukum oleh rakyat melalui demokrasi yang adil. Kita tidak mahu memerintah sepanjang hayat," tambah beliau lagi.

Pakatan Rakyat yang membentangkan manifesto pembangkang hari ini antaranya menekankan komitmen untuk membatalkan projek-projek kerajaan BN, menurunkan cukai pendapatan selain menjanjikan pelbagai imbuhan baru.

Dianggar seramai 1,000 perwakilan pembangkang hadir di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

15 comments:

  1. Sapa kata duit BRIM tu duit BN?
    BN cuma tunaikan amanah yg rakyat bagi.
    Berbanding dgn PR, apa yg PR bagi utk rakyat?
    Air liur je boleh la.
    Mangkuk punya Haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paksa rakyat sumpah pangkah BN jika mau BRIM
      Babi punya

      Delete
  2. Gua tengok ah, ini pakatan sudah terdesak. Macam-macam keluar dari ketua dia olang. Langsung sudah tak macam bijak pandai. Macam olang tak ada akai, tadak baca, tak ade agama.

    ReplyDelete
  3. Dia dah pening...dah nak kalah....lepas ni staff gomen dapat naik gaji lagi dia pengsan

    ReplyDelete
  4. Dah terdesak sangat..sampai perkara utk kebaikan rakyat pun dah jd benda salah.

    ReplyDelete
  5. Dah pembangkang bodoh.... Nk buat cm mn...
    DS Najib pun x pnh ckp tu duit BN. BODOH PNYER PEMBNGKANG.... ADA JER KAU NK POLITIKKN AGAMA EH.....
    DASAR KEJI BTUL...

    ReplyDelete
  6. ini hadi r ckp mcm org bodoh la..dia ingat boleh tipu semua org dgn itu cerita bodoh..rakyat bukan bodoh lah hadi oi..rakyat sidah tengok n sudah rasa apa kerajaan sekarang sudah buat...lu orang ada ka...?

    ReplyDelete
  7. Sama lah Saidina Umarr r.a jd Khalifah ambik duit di Baitul Mal(Duit Kerajaan) utk bagi pada org miskin2 di Madinah..bukan duit saidina Omar, Hanya sebagai pemegang amanah shj. Knapa hj Hadi tak ambik contoh Saidina Umar?

    ReplyDelete
  8. Rasanya tak pernah dengar pun UMNO atau BN mengaku duit BR1M tu duit diaorang. Yang biasa disebut BR1M tu untuk membantu rakyat berpendapatan rendah ringan bebannya. Lainla kalau semua dapat termasuk yang gaji lebih RM3ribu sebulan....!

    ReplyDelete
  9. Hahaha lepas ni Hadi boleh tagih duit BR1M dari pengikutnya untuk tampung maintenance treler baru PAS. Hehehe hasil duit jual balak di kedah dan kelantan kepada DAP.

    ReplyDelete
  10. Eleh.
    Hang sendiri pun tak buat apa pada rakyat kenapa dok dengki kerajaan bagi BRIM? Jangan busuk hati Hj Hadi... awak tu ada pangkat haji. Tak rasa berdosa kah? Terima kasih kerajaan Malaysia. Didoakan pembangkang TIDAK AKAN memerintah negara ini sampai bila2.

    ReplyDelete
  11. nampak x msia akan mundur,,nak batalkan projek2 la apa la,,skrg bole la ckp duit x ada kat tangan ko,,cube dah ada..

    ReplyDelete
  12. PAKATAN HARAM JADAH NI DAH KEHABISAN MODAL ... APA YANG BOLEH MEREKA BUAT HANYALAH JUAL AIR LIUR.

    MALAYSIA AKAN HANCUR KALAU PUAK-PUAK HARAM JADAH NI MEMERINTAH. BN BUKANLAH KERAJAAN YANG SEMPURNA TAPI SEJUTA KALI LEBIH BAIK DARI HARAM JADAH NI.

    ReplyDelete
  13. kenapa Parti Isle takut sangat dengan BR1M...demo dok soh cakap lah pasal UMNO..demo cakap pasal parti demo dulu...dah jadi kuda pun..belok doh belakang tu..DAP dok rogol..tk lama lagi mampus lah demo...

    ReplyDelete
  14. Jangan bagi satu kerusi pun pada diorang ni,baru diorang tau langit tinggi ke rendah.. angkuh,bongkak,sombong,org buat baik pun dia kata salah jugak.. nampak sangat jiwa kecik,tak ada langsung ciri2 kenabian ciri2 anuar adelah.. Alhamdulillah.. ALLAH buka hati orang2 BN untuk bantu rakyat.

    ReplyDelete