Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 26, 2013

[Regim Pakatan Pembohong] Gantung projek: Khalid Ibrahim buat U-turn lagi



Setelah dikecam hebat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi menarik balik kenyataannya apabila menafikan beliau menggantung projek jalan raya dan prasarana persekutuan di negeri itu.
 
Hari ini Khalid berkata kerajaan negeri tidak menghentikan sebarang projek sebaliknya, hanya akan memberi penerangan kepada kontraktor yang mengendalikan projek jalan raya di lebuh raya.
 
Lima hari lalu, semua media termasuk portal Selangoku milik kerajaan negeri memetik Khalid sebagai berkata projek persekutuan di negeri itu digantung berikutan keputusan mahkamah bersabit kamera AES.
 
Berikut petikan laporan portal Selangorku - SHAH ALAM, 21 FEB : Semua projek prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor, seperti jalanraya dan bangunan, telah digantung buat sementara waktu.
 
Keputusan itu dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di dalam kes dua tiang kamera penguatkuasa automatik (AES) yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang.
 
” … Kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada jalanraya dan prasarana persekutuan hendaklah digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai,” kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media. - portal Selangorku.com

Kenyataan Khalid itu dikecam oleh pakar ekonomi, persatuan pengguna dan pemimpin masyarakat yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk mengsabotaj rakyat Selangor.
 
Bagaimanapun hari ini Khalid berkata kerajaan negeri tidak bermaksud menggantung sebarang projek persekutuan.
 
"Kita bukan hentikan pembangunan. Itu cakap tak betul. Bukan nak henti tapi kita nak tentukan proses kelulusan pembangunan mesti dibuat dengan betul.
 
"Saya tak nak dengar bila dalam satu keadaan seperti banjir, struktur yang dibuat kerajaan persekutuan tidak selari dengan struktur yang dikehendaki PBT.
 
"Saya akan panggil dari masa ke semasa pengurus yang menjalankan projek itu. Saya nak tahu mereka faham tak tentang keputusan mahkamah yang kata kerajaan negeri tak ada kuasa atas struktur yang dibuat di atas tanah kerajaan persekutuan," katanya.
 
Beliau sebelum itu merasmikan majlis pecah tanah kompleks kediaman pekerja industri di Petaling Jaya hari ini.
 
Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan syarikat pengendali kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera AES di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
 
Mahkamah memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tiada kuasa mengeluarkan notis meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES itu.
 
"Pada masa yang sama mana-mana kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada jalanraya dan prasarana persekutuan hendaklah digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai.
 
"Kerajaan negeri kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina diatas jalan persekutuan," kata Abdul Khalid 

1 comment:

  1. salam..mohon pautkan blog http://adakuasa.blogspot.com ke blog tuan terima kasih

    ReplyDelete