Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 21, 2013

PKR & Kalimah Allah - Naib Presiden PKR Fuziah Salleh sokong Guan Eng, tolak ketetapan Majlis Syura PAS


Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia. 


Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.
 
Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. 
 
“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. 

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam. 
 
“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” kata Fuziah.

3 comments:

  1. Kalu tak tahu hukum hakam mendalam jangan komen, boleh menyesatkan.

    ReplyDelete
  2. ya Allah kau LAKNATI LAH PEREMPUAN YG BERNAMA FUZIAH INI...

    ReplyDelete
  3. nila org kata perempuan haram jadah bodoh nye lebih bodoh dari lembu yang mennag dalam pertandingan lembu2 bodoh sedunia..moga laknat atau kau

    ReplyDelete