Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 21, 2013

PKR & Kalimah Allah - Anwar hanya sokong pendirian Abdul Hadi, bukan Majlis Syura PAS



Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 
 
Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.   
 
Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.  

Lebih mengusutkan keadaan, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat. 
 
Berikutan itu beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. 
 
Nampaknya pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS. 

1 comment:

  1. MAJLIS SYURAPAS HARUS AKUR KEPADA KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN PAKATAN RAKYAT DAN BUKAN MAJLIS SYURA. ANWAR IBRAHIM SELAYAKNYA DINOBATKAN MENJADI PM DAN BUJKANNAY HADI AWANG. DARI SEGI KELAYAKAN DAN PENGALAMN, KEMAMPUAN ANWAR LEBIH MENYERLAH DIPERINGKAT ANTARABANGSA. CALON TPM SEWAJARNYA LIM GUAN ENG. MAJLIS SYURA HANYA UNTUK AHLI PAS SAHAJA DAN BUKAN UNTUK PAKAGTAN RAKYAT ATAU PUN MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete