Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 20, 2013

[Pakatan Jual Kalimah Allah] PKR : Jangan larang guna kalimah Allah dalam Bible



Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu. 
Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.
 
Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. 
 
“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. 

 “Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain,  ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya. 
 
“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.
 
Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 
 
Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim  asalkan tidak menghina Islam.   
 
Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.  
 
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat. 
 
Beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. 
 
Pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS. 
 
Bagaimanapun Azmin membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. 
 
Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana  digunakan sejak zaman Jahiliah.
 
“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.
 
“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau. 
 
Fuziah  berkata sekiranya Bible di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, maka kelonggaran itu juga harus diberikan di Semenanjung. 
 
“Selama ini boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ada dua  peraturan berbeza di Malaysia. Jadi itu kena tanya kepada pihak pemerintah,” kata beliau.
 
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak arahan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Kristian akhbar The Herald daripada menggunakan kalimah Allah. 
 
KDN kini merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.   
 
Penggunaan kalimah Allah menjadi modal politik untuk pembangkang, khususnya DAP dan PKR yang mensasarkan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. 
 
Kira-kira 40 peratus rakyat Sarawak dan 30 peratus rakyat Sabah adalah penganut Kristian yang menjadi harapan PKR dan DAP untuk memenangi  sejumlah besar kerusi di dua negeri itu. 

25 comments:

  1. Kepada Fauziah. saya bukanlah warak dalam ISLAM. tetapi apabila saya membaca surah Kulya ayyuhal kafirun dan surah al ikhlas,tertanya pulak fatwa mana fauziah gunakan dan menyokong pemipin rasis LGE tu? Nak jadi calon pun jangan gadaikan kalimah ALLAH yang suci tu macam nik aziz dan hadi awang. Khalis samad lagi la suka kalau boleh besarkan lagi kilang carlsberg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sebesar kilang arak anak mahathir

      Delete
    2. Why drag mahathir and son in this dirt? Go ask Pas what they think of this Fuziah!

      Delete
    3. sikit2 mahathir n anak2 nya.....btol ke anak dis ada kilang arak.....buktikan.....ingt..dosa dgn allah kita boleh mnt ampun
      ..sujud...tp dosa sesana manusia...kita kena mnta maaf dgn.org yg kita fitnah.....fikir2 kan

      Delete
    4. Mcm tu la pencacai...bila bincang isu yg die x leh menang...mula la die melalak isu lain...cuba ckp terus terang...setuju atau tidak kalimah Allah digunapakai oleh org kristian...

      Delete
    5. memang bodoh, bnda ni akan jd bila kita ckp psl kebodohan pembangkang, bila xboleh nk backup mula la cari isu lain nk burukkan krajaan lak. Tak kan la Tun nak bia anak dia ada kilang arak.

      Delete
    6. Punya bodoh bangang n jahil...... Kilang arak n isu kalimah punya jauh.... Aku tetap berpendirian harun din.... Aku akan pertahanankan kalimah ALLAH.......

      Delete
  2. Salam,

    Ternyata Fauziah Salleh ini seorang yang amat bodoh dan bangang serta lagi menyesatkan..Untuk Makluman beliau Agama Islam telah diturunkan sejak zaman Nabi Adam lagi...Agama Islam yang mengtauhidkan Allah yang satu...orang Arab Kafir hanyalah keturunan nabi Adam yang tersesat akidahnya seperti mana Golonmgan P.K.R hari ini...bertaubatlah Sebelum Terlambat...

    ReplyDelete
  3. rela apa2 shj..asakn aku punya kuasa

    ReplyDelete
  4. sesat lagi menyesatkan

    ReplyDelete
  5. Sanggup buat apa saja untuk mendapat nikmat dunia.Orang sebegini jelas sudah kemunafikan nya.Dulu kata berpakat.dengan kafir maka kita juga kafir.Sekarang apa macam.Allah Taala dah.mula tunjuk kebenaran.Tapi bagi penyokong yang taksub tu ikut lah sama pemimpin depa masuk neraka.Alang alang mandi biar basah.Memang hukuman Allah kalau buat jahat balasan nya jahat.Ingat orang munafik akan masuk neraka 500 tahun lebih awal dari orang kafir.Semoga awak semua bahagia.

    ReplyDelete
  6. Kalau berani buktikan kat aku anak mahathir ada kilang arak! Tak kan la Tun nak biar je anak dia ada kilang arak kalau betul. Kepada org yg ckap tu, buktikan la, kalau betul aku belanja Carlsberg sorg sebotol dengan si Fuziah ni.

    ReplyDelete
  7. Isu Kalimah ALLAH untuk Kafirun??Tak Salah Dan Tak Berdosa?ALLAH Hanya Satu Untuk Orang Islam..Fatwa Mana Yang Diguna Pakai?Permainkan Islam Untuk Raih Undi Politik?
    Anak Mahathir Ada Kilang Arak?Mana Datangnya Sumber Maklumat Ni??Jika Tuduhan Yang Punyai Bukti Tunjukkanlah..Jangan Ikut Nafsu Politikus Sonsang..

    ReplyDelete
  8. Pecacai pkr sanggup gadai agama, bangsa dan maruah diri. Lepas Ni diaorang akan kata nak main lubang juboq adalah hak peribadi. Oranglain tak boleh nak kata apa. Tolak pakatan haram jadah!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Semua ni Poyo..semuanya poyo

    ReplyDelete
  10. FITNAH... SILA LIHAT PENJELASAN DIBLOG YANG SAYA PAUTKAN..
    http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/02/menjawab-fitnah-lapok-tentang-mirzan.html

    ReplyDelete
  11. apa bingai sgt pompuan nihhhh.....kok besok2 cucu cicit dia bwk bible bahasa melayu ke sekolah sok amacam??????.........umno jugak yg salah !!!!

    ReplyDelete
  12. Ramai ulamak2 (termasuk ulamak2 pembangkang) mengatakan merelakan orq kafir mempermainkan nama Allah adalah satu pekara yang boleh dianggap syirik.Terbukti orang2 Melayu di dalam PKR tidak jelas keislaman mereka.Kalau pun nak undi orang2 kafir takkanlah Islam nak digadaikan.Tetapi apa nak dihairankan.Bukankah Anwar Ibrahim mendapat sokongan padu dari penggiat-penggiat gay dan lesbian di dalam dan luar negeri.Takkanlah orang2 gay lesbian ni sanggup sokong Anwar sekiranya di betul2 Islamik..

    ReplyDelete
  13. SPIN PR JGN X SPIN....TENTANG KALIMAH ALLAH SWT, TUN DR.MAHATHIR N KELUARGA TIDAK ADA KENA MENGENA...FUZIAH SALEH INGAT KATA2 INI.."Datuk Harun Din Kata...Kufur orang yang membenarkan."...MENGUCAP SAUDARI FUZIAH N BERASTAQHFAR BANYAK2....PKR DAN PAS SUDAH HANYUT....DAN BAGI SAYA, SAYA TIDAK AKAN BERKROMPOMI DENGAN MANUSIA2 YG MEMPERMAINKAN NAMA ALLAH SWT...MOGA2 PRU13 BARISAN NASIONAL AKAN MENANG, SETIDAK2 NYA MEREKA TIDAK MEMPERSENDAKAN ATAU MEMPERMAINKAN NAMA ALLAH SWT...BAYANGKAN APA AKAN JADI PADA UMATISLAM SEKIRANYA DAP,PAS N PKR DI BERI MANDAT......NAUZUBILAHIMINALZALI1...........

    ReplyDelete
  14. inilah ciri2 orag yg memperdagang agama kerana kedudukan n sayangkan pangkat. Nauzubillah kalau nanti ramai orang Melayu murtad sbb bible melayu ni , inilah antara org2 yg bertanggung jawab. Org Islam sendiri yg menghancurkan Islam ...

    ReplyDelete
  15. semakin pelik pemikiran orang melayu sekarang ni, cubalah faham kesannya pada anak cucu...

    http://youtu.be/hqCgBXYLdKo

    ReplyDelete
  16. Tunggu masanya dah dekat dah...kalau kak Fauziah sakit dan nak dekat dengan sakratul maut..nanti kak Fauziah sedar.siapa yg sedang memerhati dijendela...selamat jalan..

    ReplyDelete