Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 20, 2013

[Pakatan Gaduh Kerana KUASA] Isu Johor: Chua (PKR) bidas Karpal (DAP)


Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng menyatakan rasa “tersangat kesal” dengan tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas beliau bersabit pertelagahan kerusi di negeri itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.
 
Bekas Naib Presiden MCA itu yang menyertai PKR pada tahun 2009 berkata kritikan Karpal mengenai rekodnya dalam MCA sebelum menyertai pembangkang juga tidak adil.
 


Antarapos.com - "Saya pernah nyatakan MCA harus keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika Umno tidak berubah akan akhirnya saya berbuat demikian untuk mempertahankan prinsip politik saya..namun saya dibidas Karpal. Saya amat kecewa,” kata beliau.
 
Chua memberitahu China Press bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mungkin kali terakhir beliau bertanding setelah 30 tahun menceburi politik.
 
Chua menyerahkan kepada pucuk pimpinan PKR untuk menilai kesesuaian beliau bertanding di Johor.
 
Karpal membidas Chua setelah bekas Menteri Kesihatan itu dituduh oleh Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau sebagai tamak mendapatkan kerusi selamat untuk bertanding.

Boo juga menuduh Chua sebagai penghalang kepada kerjasama DAP-PKR-PAS dan menolak banyak cadangan yang dikemukakan pemimpin Pakatan Johor.
 
Chua menegaskan beliau tidak pernah melobi untuk bertanding di kerusi Parlimen Bakri mahupun Gelang Patah sebagaimana yang didakwa oleh Boo.
 
Dalam perkembangan berkaitan, PAS Johor menggesa Chua dan Boo menamatkan pertelingkahan mereka.
 
Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfodz Mohamed berkata perbalahan terbuka itu akan memberi gambaran pembangkang dalam keadaan kucar kacir dalam menghadapi PRU.
 
"Saya akan berusaha untuk membawa kedua-dua mereka kembali ke meja,” kata beliau.
 
Dalam pada itu Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata parti itu tidak berhasrat mengenakan sebarang tindakan displin terhadap Boo kerana mengkritik Chua secara terbuka.
 
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Boo dan Chua tutup mulut dan membiarkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyelesaikan kemelut pembahagian kerusi di Johor.

No comments:

Post a Comment