Antarapos.com - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin akan kehilangan jawatannya sebagai menteri besar jika Pakatan Rakyat (Pakatan) dapat pertahankan negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Memetik sumber The Malaysian Insider, kepimpinan Pakatan belum mengesahkan kedudukan Abdul Khalid untuk kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok lantaran kemarahan penduduk yang semakin meningkat serta melabelkan ahli politik itu sebagai wakil rakyat 'tidak hadir'.
Malah difahamkan, kepimpinan PKR memikirkan untuk menggugurkan calon kerusi Ijok itu kerana bimbang akan kekalahan besar di DUN tersebut.
“Penduduk tempatan melihat beliau sebagai wakil rakyat tidak hadir, beliau tidak pernah turun padang jadi timbul persepsi. Kadangkala kami faham kedudukan beliau sebagai MB tetapi orang-orang beliau juga tiada di kawasan, jadi sukar untuk bekerja di bawah,” kata seorang pemimpin tertinggi Pakatan.
Mengulas lanjut beliau berkata berikutan permusuhan berterusan antara Abdul Khalid dengan jentera kempen, beliau dilihat tidak mampu untuk berkempen dengan berkesan.
Tambah beliau lagi terdapat cakap-cakap bahawa pemimpin tempatan enggan bekerjasama selepas Abdul Khalid menolak ganjaran berupa “bayaran” sebagai balasan terhadap kesetiaan mereka, kata sumber itu.
Beliau turut menyifatkan bahawa kelemahan Abdul Khalid dalam berkomunikasi serta “keangkuhan” menyebabkan tercetusnya perselisihan dalaman
Kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar penggal kedua mula menjadi tanda tanya apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Oktober tahun lepas bahawa Abdul Khalid akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, tetapi tidak menyatakan tentang kerusi Ijok.
Pengumuman itu menyemarakkan syak bahawa PKR merancang untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali, yang didakwa bersaing untuk merebut jawatan tersebut.
Namun ada yang mengatakan Anwar bakal menjanjikan Abdul Khalid jawatan persekutuan sekiranya Pakatan berjaya merampas Putrajaya.
Molek sangatlah tu... orang seperti Khalid Ibrahimni lebih layak berada dalam kabinet kanan persekutuan, jaga seluruh negara. Lagipun orang-orang PR tidak mudah berkecil hati kerana yang penting kebaikan untuk parti dan kepentingan awam lebih utama. Tidaklah macam pemimpin BN, kalau dapat sampai matipun nak jadi MB atau KM.
ReplyDeleteMolek sangatlah tu... pemimpin akan datang & pergi.... masih ramai yg berwibawa macam khalid ibrahim dalam pakatan.... kami xkisahpun... patah tumbuh hilang berganti... bukan cam pmpin umno nak pegang jawatan sampai kiamat kalo boleh...
ReplyDeletekami rakyat selangor tertunggu2 dimane kah alsohibul biul al khalid al-gagapi akn bertanding....parlimen ke atau dun...!..andai beliau bertanding...jwapnnya...diharamkan jari jemari ku memangkahnya...BN jg pilihan ku....
ReplyDeleteMacam Pok Nik kan. Dah tua nyanyok pun masih tak sanggup nak lepas jawatan. Nak jadi MB sampai mati la tu.
ReplyDelete