Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 12, 2013

Gangnam Style 'pukau' Pulau Pinang @NajibRazak



Kira-kira 80,000 rakyat berbilang kaum membanjiri padang Sekolah Han Chiang di Georgetown untuk menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional.

Sambutan meriah itu menempelak cubaan pembangkang sejak dua minggu lalu untuk menggagalkan majlis itu dengan mempolitikkan kehadiran penyanyi sensasi K-Pop Psy.

Sungguhpun dijemput, Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada DAP tidak hadir majlis itu, dengan alasan menghadiri urusan rasmi kerajaan negeri yang lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri disambut meriah oleh ribuan penduduk pelbagai kaum, isyarat jelas bahawa BN semakin kukuh menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pelbagai acara diatur termasuk persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan Psy yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style.

Majlis rumah terbuka BN di Pulau Pinang mencerminkan keyakinan BN memasuki “mulut naga” kerana negeri itu disifatkan benteng utama dan “simpanan tetap” Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU yang dijangka diadakan bulan depan.


Keputusan BN negeri mengadakan majlis itu di padang sekolah Han Chiang juga signifikan.

Sekolah itu adalah institusi pendidikan Cina ulung dengan lembaga pengarahnya terdiri daripada pemimpin-pemimpin utama masyarakat Cina.

Padang Sekolah Han Chiang itu dikatakan tempat kebangkitan Pakatan Rakyat khususnya DAP menawan Pulau Pinang pada tahun 2008.

Justeru, tindakan Lembaga Pengarah sekolah memberi lampu hijau untuk BN menganjurkan majlis berkenaan itu di padang berkenaan dibaca sebagai petanda positif untuk BN menjelang PRU.

Sambutan meriah pada majlis itu juga bermakna usaha pembangkang menggagalkan majlis itu tidak berjaya.

Beberapa hari sebelum ketibaan penyanyi Korea Selatan Psy, parti-parti pembangkang mengutuk kehadiran penghibur itu sebagai taktik BN untuk mengumpan undi generasi muda.

Malah, penyokong pembangkang menulis di Facebook Psy sendiri meminta beliau memulau majlis itu.

Malang bagi mereka, Psy menepati janjinya dan tiba awal pagi di Pulau Pinang untuk “bergangnam” dengan rakyat Pulau Pinang.

Rakyat pula tidak menghiraukan “nasihat” Guan Eng supaya hadir pada majlis itu dengan memakai kemeja warna merah, hijau atau kuning bagi menunjukkan sokongan terhadap pembangkang.

Meskipun cuba “menyerang’ rumah terbuka BN itu daripada pelbagai segi, usaha pembangkang untuk mempolitikkan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN gagal.

1 comment:

  1. yg.datang pakai baju merah adalah kerana itu warna rasmi menyambut tahun baru cina.

    yg.pakai baju kuning, hanya ada logo bersih saja dikira sebagai anjing LGE.

    yg.pakai baju oren, dah memang dorang beli masa raya puasa lepas..

    Soo,,overall..LGE 'GAGAL' sama sekali ...Cuba tengok lepas anak najib berucap dalam bahasa cina...cuba dengar baik2!! sorakkan gembira yg.gemuruh !!!

    gen2felda

    ReplyDelete