Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, January 27, 2013

[ULASAN} Ustaz Nasharudin Mat Isa - Mangsa Tekanan Politik DAP & PKR ?


Pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura' PAS bukan satu kebetulan tetapi sememangnya dirancang. Episod pemecatan Dr. Hasan Ali kini berulang. Cuma Ustaz Nasha belum sampai masa lagi untuk dipecat terus dari PAS kerana beliau adalah seorang ahli PAS yang telah lama berjuang dan punyai pengaruh yang cukup besar dalam PAS hingga mampu mempengaruhi undi jika beliau dipecat dari PAS.

Apa dosa Ustaz Nasha sehinggakan beliau diperlakukan sedemikian rupa? 

Beliau tidak pernah mempromosikan UMNO dan menghentam PAS. Beliau tidak melakukan maksiat seperti berkhalwat dengan bini orang. Tiada masalah isu moral mahupun integriti. Tiada fatwa dan kenyataan sesat dan lagi meyesatkan dari beliau.

Jadi apa dosa dan kesalahan yang beliau lakukan ?

Beliau bertindak atas ajaran Rasullulah dan perintah oleh Allah. Malangnya dibenci oleh DAP & PKR. Itu adalah dosa beliau. Masih ingat kembali bagaimana episod pemecatan tanpa bela diri Dr Hasan Ali dari PAS? Sebagaimana Dr Hasan Ali boleh dipecat selepas kemarahan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tersiar di dada akhbar-akhbar. Cuma kali PAS nampaknya enggan memecat terus keahlian Ustaz Nasha. 





Rakyat percaya bahawa tindakan PAS tidak lain dan tidak bukan kerana DESAKAN yang cukup kuat dari DAP & PKR. Alasan kononnya beliau tidak hadir mesyuarat adalah alasan paling karut dalam sejarah politik dunia.

Perdana Menteri DS Najib Tun Razak lebih bersikap terbuka dan tidak mengamalkan politik sempit dengan membenarkan ahli politik pembangkang menyertai beliau atas nama ISLAM. Ini membuatkan DAP & PKR terus menerus membenci tindakan Ustaz Nasha yang didakwa bersengkongkol dengan Perdana Menteri sedangkan apa yang mereka lakukan adalah atas dasar ISLAM dan diperintah oleh Allah. 

Persoalannya, apakah itu salah ? Kenapa politik kebencian dibawa sekali dalam isu umat Islam? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang timbul akibat tindakan PAS terhadap Ustaz Nasha.

Dan rakyat sudah tahu keadaan sebenarnya. Pemecatan Ustaz Nasha sebagai Ahli Majlis Syura' PAS bukan satu kebetulan tetapi telah dirancang. Ianya adalah kerana desakan DAP & PKR.

Ingat Rakyat Bodo ka ?

7 comments:

  1. tekanan dr anwar dan anwarinas pas yang awal2 lagi risau kecenderungan ustaz nasha yang byk bersama PM dan tidak mustahil selepas PRU nanti beliau terus dipecat dlm PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas PRU 13 nanti, penyokong PAS akan sendiri nya sedar bahawa PKR & DAP adalah penipu dan alat Yahudi - Komunis

      Delete
  2. Pas, pecat shj semua yg tidak sehaluan dan setuju dgn kamu. Biar yg totok dan yg tidak mahu berfikir shj tinggal dlm parti supaya senang dicucuk hidung mereka. Subhanallah..Pas, apa nak jadi kamu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar yang tinggal dalam PAS skang majoriti yg jenis lembu dicucuk hidung.

      Delete
  3. ...apalah dosa Ustaz Nasha...???...pelik la ......dorang ni dah pening kepala la....

    ReplyDelete
  4. Lagi pelik alasan yg diberikan bagi menghalalkan tindakan mereka memecat Ustaz Nasha sbg Ahli Majlis Syura' PAS.

    ReplyDelete
  5. Makin terselah sikap bodoh sombong juak-juak dalam PAS. Yang baik dan menyumbang dibuang, yang 'ntah apa-apa', dan 'luncai' di angkat. Mungkin dunia dah nak terbalik atau PAS yang sudah terbalik.

    ReplyDelete