Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 18, 2013

TMJ nafi anggota Timbalan Setia Negeri berada di Stadium Sultan Muhammad IV

Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.

Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.

Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.

Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda.

Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.

"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. - Bernama

8 comments:

  1. tegku mahkota ja mana ada titah2 ni, titah tu raja ja

    ReplyDelete
  2. salam dari anak jati malaya...mohon tlg pautkan blog sy di blog list tuan...blog tuan sudah sy pautkn terima kasih

    http://anakjatimalaya93.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. boleh remove tak lagu kat blog ni? ganggu mood dan tumpuan nak membaca. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. cukup tak bertamadun puak2 sakai kelate ni... buak malu kawe jahh...nate berukk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. langsung tiada semngat kesukanan..fenoena ni telah kerap berlaku pada penyokong kelantan di tempat sendiri mahupun tempat lawan. sila tunjukkan nilai ketamaduan yg telah kita miliki untuk di contohi pada generasi akan datang. Bukankah KELANTAN sinonim dengan pangilan serambi MECCA..tunjukkanlah kematangan dalam pergaulan antara masyarakat..jangan bertindak seperti org yg xmampu berfikir secara waras..bila ramai semua berani nk tunjuk hebat wt huru hara sana sini..sila terapkn persepsi mindset MALAYSIAN terhadap fan Kelantan dimana mereka selamat bila berhadapan dgn mereka..saya yakin FAN KELANTAN mampu lakukan..MAJULAH SUKAN UTK NEGARA!

      Delete
  5. Tak habis2 dia ni buat hal.Patutpun Tun M dulu hapuskan imuniti diorang.semua yg bermasalah bermula dari istana lanun.Terima Kasih Tun M.Dari kes adik adam.tengku majid.Cucu Tuanku Jaafar N9 kena hentak.boleh kata seluruh Malaya la dia ni buat hal.tapi yg herannya singapura langgar ruang angkasa malaysia tak pula dia marah.dengan singapura tercirit.dgn rakyat sendiri bukan main bawa komando.ATM yg sah2 tentera pun tak bawa dia punya sniper komando elit diorang.sebab pegawai angkatan tentera cerdik dan tahu bezakan.ini bolasepak.agak2 kalau masuk kubur bawa JMF tak ??!!

    Mohamed Mahathir Jr.

    ReplyDelete