Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 18, 2013

Pakatan TIPU Rakyat : Penjelasan Ustaz Fathul Bari terhadap FITNAH Pakatan Pembangkang


Kerana berjaya memperolehi dokumen pernikahan Ustaz Fathul Bari yang bernikah dengan isterinya yang kedua di Thailand, maka blogger - blogger Pakatan TIPU Rakyat bertindak menyebarkan FITNAH & PENDUSTAAN di alam maya terutamanya MEMFITNAH beliau KAWIN LARI.

Terima kasih kepada blogger DET (Darul Ehsan Today) yang berjaya mendapatkan penjelasan & kebenaran dari Ustaz Fathul Bari sendiri.

Beberapa perkara yang penting yang perlu kita ketahui.

1. Pernikahan beliau di Thailand adalah melibatkan seorang bukan warganegara Malaysia. Biasanya, kalau kawin lari sudah tentu melibatkan perkahwinan sesama warganegara Malaysia.

2. Pendaftaran perkahwinan dibuat di Terengganu dan mendapat keizinan isteri pertama dan disahkan sendiri oleh pihak berkuasa kerajaan Negeri Terengganu.

3. Dan yang paling penting ialah beliau berjaya mengISLAMkan seorang manusia (beragama Kristian warganegara Filipina) melalui perkahwinan yang SAH.

4. Budaya FITNAH ini sememangnya amalan puak Pakatan TIPU Rakyat yang berkiblatkan sosialis dan sekular. Bagi mereka, "matlamat menghalalkan cara", janji pemimpin UMNO berjaya dimalukan.

5. Syukur kepada Allah yang melindungi pemimpin UMNO dari FITNAH yang sentiasa yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam dalam Pakatan TIPU Rakyat.

6. Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Fathul Bari. Semoga Allah terus menjadi pelindung kepada kamu & keluarga :)


No comments:

Post a Comment