Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 4, 2013

SYABAS: Pam air telah dibaikpulih sepenuhnya [Pakatan Masih MALAS & TIDO]


Disebalik serangan demi serangan oleh gerombolan pemimpin & penyokong PAKATAN MALAS & TIDO di laman media sosial, SYABAS tetap menjalankan tanggungjawab mereka. Lebih mengharukan apabila bantuan yang dihulurkan oleh rakan-rakan lain dari Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perak. Mungkin Regim Pakatan Pulau Pinang sedang sibuk menipu rakyat tentang pengundian DAP dan air dari kerajaan PAS Kelantan tidak sebaik & sejernih pemberian balak kepada pimpinan DAP.

Terima kasih dan tahniah SYABAS !

Sumber berita antarapos.com

Pam air di Rumah Pam Wangsa Maju dan Rumah Pam Pudu Hulu Baru telah dibaikpulih sepenuhnya hari ini, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan.
 
Walau bagaimanapun Rumah Pam Wangsa Maju kini beroperasi pada kadar yang lebih rendah iaitu lebih kurang 170 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding keadaan biasa iaitu pada kadar melebihi 200JLH.
 
Manakala kerja-kerja pembaikan pada papan suis utama untuk Rumah Pam Pudu Hulu Baru yang mengalami kerosakan telah siap dibaiki sepenuhnya dan telah diaktifkan semula pada jam 12.00 tengahari tadi.
 
"Dengan pengaktifan semula operasi pam ini, para pengguna yang memperoleh bekalan air menerusi rumah pam Pudu Hulu Baru ini atau lebih kurang sebanyak 18,000 akaun pengguna dijangka akan memperoleh semula bekalan air secara berperingkat-peringkat. Pemulihan sepenuhnya di kawasan ini dijangka akan mengambil masa sehingga 5 hari.
 
"Pada masa ini, SYABAS masih menggerakkan sebanyak 40 buah lori tangki air dan turut meletakkan sebanyak 174 buah tangki air statik ke kawasan-kawasan yang terjejas di kedua-dua wilayah ini," memetik kenyataan Penolong Pengurus Besar SYABAS, Pricilla Alfred.
 
Katanya lagi, SYABAS turut mendapat bantuan daripada syarikat-syarikat air seperti Lembaga Air Perak (LAP) yang telah memberikan bantuan lori tangki air sebanyak 4 buah, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebanyak 2 buah, Syarikat Air Johor (SAJ) sebanyak 8 buah dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) semenjak semalam.

"SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku ini," katanya lagi.
 
Masalah gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan sejak minggu lalu berpunca daripada kerosakan pam yang berlaku di kedua-dua rumah pam berkenaan sehingga menjejaskan hampir 150,000 akaun pengguna.
 
Ini berikutan rumah pam yang tidak dapat menampung jumlah permintaan air yang tinggi oleh penduduk-penduduk di Lembah Klang.
 
Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS Datuk Ruslan Hassan pada Rabu menjelaskan bahawa masalah tersebut timbul ekoran sikap sambil lewa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melambat-lambatkan pembangunan sistem pengepaman tambahan di kedua-dua pam itu.
 
Ruslan berkata cadangan membina sistem tersebut telah dikemukakan oleh SYABAS sejak tahun 2009.
 
Namun lebih mengejutkan apabila Exco Selangor Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan berkata tidak mengetahui akan cadangan pembangunan sistem pam berkenaan sebaliknya menuduh SYABAS sebagai gagal menguruskan pengagihan sumber dengan baik.
 
"Saya tak pasti cadangan itu macam mana. Saya minta kalau betul cadangan itu awal, kalau betul kata ada masalah sepatutnya mereka dah tahu ada masalah, sebelum itu lagi mereka dah bawa kepada kerajaan negeri.
 
"Mereka kata pam itu sudah 'overload'. Sekiranya mereka pandai mengurus mereka dah tahu bila pam itu betul-betul 'overload'. Tapi nampaknya sekarang ini mereka terkejut," katanya kepada Antarapos.
 
Jumlah akaun pengguna yang mendapatkan sumber bekalan air melalui Rumah Pam Wangsa Maju adalah sebanyak 89,762, manakala bagi Rumah Pam Pudu Hulu Baru sebanyak 18,000.


2 comments:

  1. Syabas ni kan operator...dia la kena manage...

    ReplyDelete
  2. Ada pemimpin asyik dok berpolitik siang malam.tabur fitnah sana sini tetapi kebajikan rakyat tidak dijaga, berpolitik seolah-olah adanya pilihan raya sepanjang tahun..memang elok sangat2lah Pru13 nanti biar dia jadi pembangkang balik sebab memang dah nampak Anwar semasa didalam BN hanya tumpang nama di sebalik usaha orang lain..tetapi bila terpaksa buat kerja sendiri...hampeh..habuk pun tara, temberang aja lebeh.air nak basuh berak pun susah..nak jadi PM konon..alamat mati kering lah satu malaysia

    ReplyDelete