Bekas ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Saman difailkan menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini.
Phang dalam pernyataan tuntutan mendakwa kenyataan dikeluarkan oleh Musa dalam satu akhbar bulan lalu satu fitnah yang menjejaskan nama beliau.
Menurutnya lagi, Musa turut mendakwa dirinya sebagai seorang yang tidak jujur dan tidak boleh dipercayai serta pembohong.
Dakwa Phang, Musa turut menyifatkan beliau adalah seorang yang korup, tidak beretika dan telah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan pemenjaraan.
No comments:
Post a Comment