Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 15, 2013

[Pakatan TIPU Rakyat] SYABAS jawab tohmahan Regim Pakatan Selangor (Bahagian 1)



Antarapos.com - Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan 15 dakwaan daripada pelbagai pihak kepada syarikat konsesi air itu akhir-akhir ini. Berikut dilampirkan kenyataan penuh SYABAS bersabit semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya :-

SYABAS sangkal dakwaan dan tuduhan berbagai pihak berkenaan gangguan bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju.

KENYATAAN MEDIA  (Bahagian 1)
15 JANUARI 2013

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa berikutan dari gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, SYABAS telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh kerajaan negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.
Sehubungan dengan itu, pihak SYABAS ingin membuat penjelasan berkaitan dengan tuduhan-tuduhan tersebut kerana ianya jelas telah mengelirukan orang ramai. Antara tuduhan-tuduhan tersebut ialah:

1) YAB Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan medianya yang dikeluarkan pada 9 Januari 2013 telah menuduh SYABAS tidak menyelenggarakan sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala yang dilakukan sendiri oleh kakitangan SYABAS dalam kekerapan sekali setiap bulan. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, pihak SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga adalah dihantar kepada SPAN.

2) YAB Menteri Besar turut menyebut bahawa insiden ’pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain. 

Dakwaan YAB Menteri Besar ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden 'pump tripped' juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem ini yang telah beroperasi melepasi kapasiti (overload), maka VSD tidak boleh dihidupkan.

3) YAB Menteri Besar turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan ’courier’ dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS. 

Dalam hal ini, ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.

4) YAB Menteri Besar turut mendakwa SYABAS gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan yang ‘overload’ dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam adalah disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti yang dilakukan di rumah pam dan ini termasuklah kerja-kerja penyenggaraan yang dilaksanakan di rumah pam berkenaan. Salinan dokumen ini telahpun diserahkan kepada pihak SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut.
Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju telah sering mengalami kerosakan pada sistem VSD (Variable Speed Drive). Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan telah dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ianya tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan ‘overload’. Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan ini telah mengambil masa yang lama. Walau bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.

5) YAB Menteri Besar mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH). 
SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti di dakwa YAB Menteri Besar.

6) YAB Menteri Besar juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat. 

Dakwaan YAB Menteri Besar ini adalah tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.

7) YAB Menteri Besar juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong oleh kerajaan Selangor pada awal tahun ini. 

Dakwaan YAB Menteri Besar ini adalah tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama dimajukan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada bulan Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri Selangor bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh kerajaan negeri Selangor masih di tahap rekabentuk.

8) YAB Menteri Besar juga membuat dakwaan bahawa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. 

Kerajaan negeri menurutnya bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan. SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan YAB Menteri Besar sendiri. Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, cadangan ini amatlah kami alu-alukan.

9) YB Xavier Jayakumar juga dalam kenyataannnya yang disiarkan dalam Sinar Harian turut mengatakan bahawa kerajaan negeri menganggap kelalaian SYABAS merupakan ‘pure negligence dan ‘criminal in nature’ dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej kerajaan Selangor.

Menurutnya lagi, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu YB Janice Lee, ADUN Teratai turut menuduh bahawa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap kerajaan negeri Selangor.

SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:-

• Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.

• Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada pihak kerajaan dan diketahui umum dan menjadi satu tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Pihak kerajaan negeri Selangor sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Oleh itu, tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.

• Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri.

• Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna. SYABAS juga mempunyai rekod statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri Selangor menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri yang berada dalam Lembaga Pengarah SYABAS. 

10) YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.
SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:-

• Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif yang digazetkan oleh kerajaan.

• Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerajaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri Selangor mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

• Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan. Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri Selangor telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

• Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri Selangor. SYABAS walau bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

• Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS adalah disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti atau pembangunan baru (Program CAPEX) seperti yang dicadangkan oleh SYABAS.

No comments:

Post a Comment