Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 15, 2013

[Pakatan TIPU Rakyat] SYABAS jawab bohong MB Selangor dengan fakta


Antarapos.comSYABAS hari ini mendedahkan “pembohongan” Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco serta ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyalahkan syarikat konsesi itu berikutan gangguan bekalan air yang menjejaskan kira-kira setengah juta pengguna.

Dalam satu kenyataan, SYABAS menjawab 15 tuduhan yang dibuat oleh Khalid, Exco Negeri Dr Xavier Jayakumar, ADUN Teratai Jenice Lee dan Ahi Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin sejak krisis air itu tercetus akhir bulan lalu.

Antara tuduhan utama yang dijawab SYABAS ialah kononnya syarikat itu mereka cipta krisis air berkenaan untuk mensabotaj kerajaan negeri Pakatan Rakyat.


“Tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk bagi menguruskan bekalan air altenatif kepada pengguna,” tegas syarikat itu.



Dalam kenyataan itu, SYABAS juga mendedahkan bahawa isu Selangor kekurangan bekalan air terawat adalah satu realiti dan disahkan menerusi audit kerajaan negeri sendiri.

Kerajaan negeri sebelum ini menuduh SYABAS dan kerajaan persekutuan sebagai berbohong apabila mendakwa Selangor kekurangan bekalan air terawat dan justeru itu pembinaan loji Langat 2 perlu dipercepatkan.

“SYABAS mempunyai rekod statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat,” kata syarikat itu.

“SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri Selangor menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri yang berada dalam Lembaga Pengarah SYABAS, tambah kenyataan itu.

Sehingga sekarang Tan Sri Khalid tidak mengumumkan hasil laporan SYABAS itu tetapi kerap mendakwa Selangor cukup air terawat dan isu krisis air sengaja direka cipta oleh Barisan Nasional.

P/S - Nantikan siri pendedahan SYABAS yang memjawab pembohongan & pendustaan Regim Pakatan Selangor yang akan dikeluarkan dalam blog ini malam nanti 

2 comments:

  1. Nampaknya kali ini Fakta SYABAS lawan Auta Kerajaan Negeri. Penjelasan diberikan Ir Subramaniam mencakupi segalanya. Harap tiada lagi putar belit MB. Cukup Cukup Sudah!

    ReplyDelete
  2. Tak payahlah nak putar belit rakyat lagi Khalid oi...Kini rakyat dah tau siapa yang salah dalam krisis air di Lembah Klang baru2 ni. Lagi banyak MB putar lagi terserlahlah pembohongannya.

    ReplyDelete