Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, January 5, 2013

[Pakatan TIPU Rakyat] Bekalan Air Terputus Di Selangor, Kenapa Tak Siapkan Projek Pakatan Rakyat Yang Hebat?


Sewaktu kebimbangan disuarakan tentang bekalan air terawat di Selangor beberapa bulan dahulu, para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor, bercakap besar kononnya mereka telah mempunyai pelbagai pendekatan dan jalan penyelesaian untuk menyanggah semua hujah yang menuding kepada Kerajaan Pakatan Selangor.

Ronnie Liu dan Elizabeth Wong bercakap besar tentang air di empangan-empangan di seluruh Selangor yang penuh dan melimpah-limpah. Xavier Jeyakumar pula bercakap tentang air dari lombong-lombong dan kolam-kolam besar yang terhasil daripada perlombongan pasir. Rodziah dan Halimah bercakap tentang air hujan dan banjir. Manakala Khalid Ibrahim bercakap tentang teknologi-teknologi tidak masuk akal seperti teknologi membran dan pengurangan non-revenue water (NRW) bagi mengatasi masalah kekurangan air.

20 Julai lalu, portal ini telah menyuarakan kebimbangan berhubung sikap sambil lewa dan gemar berpolitik yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor dan Pakatan Rakyat yang cuba berkongkalikong tentang Projek Loji Rawatan Sungai Langat 2. (BACA DI SINI)

Ketika itu, keadaan air tidak lagi kritikal. Pakatan Rakyat begitu yakin rakyat Selangor akan melihat mereka sebagai sebuah Kerajaan yang sangat cekap dan boleh meramal masalah kemudian menyelesaikannya dengan hanya jampi serapah.

Malangnya, dari semasa ke semasa, telahan yang dibuat tentang paras air terawat di Selangor yang semakin menurun kerana loji-loji rawatan air tidak lagi dapat menampung permintaan yang melebihi keupayaan.

Jalan penyelesaian yang dibuat oleh Khalid Ibrahim hanyalah menyalahkan Kerajaan Negeri terdahulu. Kemudian, menyalahkan pula syarikat konsesi air dengan menuduh syarikat konsesi air berkenaan sengaja memberi dalih semata-mata untuk memberi tekanan agar tarif air dinaikkan.



Hari ini, kawasan-kawasan yang menjadi penyokong kuat PKR, bergelut dengan ketiadaan air. 

Ketika artikel ini ditulis, kawasan Pandan dan  Ampang sedang berhadapan dengan bekalan 
air terputus yang sangat serius selama hampiri dua minggu. Kerosakan dua pam air di Pudu Ulu dan Wangsa Maju menyebabkan krisis air terawat dan bersih akan berlarutan dan menjejaskan beberapa kawasan baru.

Di Kuala Lumpur, lokasi terlibat ialah Flat DBKL Dato’ Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, UTM, FELDA, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya.
Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda, Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru.
 
Kawasan Gombak pula meliputi Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana, Ampang Water Front, Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai, Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU 1 hingga AU 5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah dan Kampung Lembah Jaya.

Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang, Taman Dagang Permai, Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana, Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas, Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati.

Seperti yang dijangka, apabila keadaan sudah begitu kritikal, Pakatan Rakyat mempunyai satu lagi alasan untuk membela diri iaitu menuding jari menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Walhal pada Mac 2012, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelan pembangunan dan pinjaman untuk sistem pengepaman tambahan dengan projek berkenaan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk dilaksanakan.

Malangnya, apa yang berlaku ialah, sehingga ke hari ini, sistem tersebut hanya wujud di atas kertas dan Pakatan Rakyat masih belum habis membincangkannya. Bahkan rekabentuk sistem tersebut juga masih dalam peringkat perbincangan sedangkan proses pembinaannya akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.

Apa lagi alasan yang akan diberikan oleh Pakatan Rakyat Selangor yang sebelum ini begitu sibuk dengan modal ‘mengkayakan kroni’? Ke mana hilangnya wang pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk pembinaan sistem pengepaman tambahan yang hanya bersifat jangka pendek memandangkan permintaan bekalan air terawat sentiasa meningkat dari semasa ke semasa?

Adakah Pakatan Rakyat Selangor akan muncul dengan penyelesaian yang bersifat tidak masuk akal seperti menyuruh rakyat Selangor menggali telaga atau minum air longkang? Atau pun terus menerus mengelirukan rakyat Selangor membabitkan bekalan air mentah dan air terawat sepertimana yang mereka sering lakukan sebelum ini?

sumber: http://www.selangordaily.com/?p=6929
 

3 comments:

  1. Tuan penasihat apa khabar mu di sana? sudah barapa tan bom untuk rakyat Selangor menjelang PRU13 nanti? Alahai ..satu negeri sudah tak terjaga ada hati nak jaga satu Malaysia pi.la mabuk balik Permatang Pauh cari pungkok lagi baik.

    ReplyDelete
  2. pungkoq tu ada kat mak hang anon january5,kita sembang bab krisis air.yg duk sembang bab pungkoq sangat napa?isu pungkoq tak membabitkan rakyat.isu air yg melibatkan org ramai....hang pi makan air lendiaq tuan penasihat la oii kalau dah kemaruk sangat.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan selangor mase khir toyo dah bg semua aset air negeri pada syabas dgn percume beb...dah la dapat free lps tu x wat maintenance, kate plak xde duit nak maintain. Seme bende dah bg xkan nk goyang kaki je syabas lps tu? Ble jd masalah tuduh state plak buat hal. Dasar penswastaan konon, xabih2 nyusahkan rakyat. Lebihkan membaca cerita betul dari fitnah br otak tu jd betul....

    ReplyDelete