Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, January 6, 2013

Karpal Singh: Kesilapan kiraan undi memalukan

Kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lalu satu perkembangan yang memalukan, kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Bagaimanapun beliau menyifatkan ia kesilapan manusia yang tidak disengajakan.

Beliau berkata, DAP mengambil pendirian untuk menjelaskan kesilapan itu bagi menunjukkan partinya  telus sambil menafikan ia bertujuan memasukan ahli Melayu dalam pimpinan tertingginya.

"Ini kesilapan pertama dalam sejarah DAP dan ia tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.

"Saya menafikan bahawa ini cara untuk memasukkan ahli Melayu dalam DAP tetapi apa yang terjadi dan kenyataannya, Zairil Khir Johari mendapat 803 undi dan melayakkan dia berada dalam kelompok 20 undi tertinggi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Diminta mengulas peletakan jawatan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong, Karpal berkata, tidak ada sebab untuk beliau berbuat demikian kerana kesilapan itu boleh dimaafkan dan harus dimaafkan.

"Ingin saya tegaskan kesalahan yang berlaku dalam pengiraan adalah tidak disengajakan. Jadi tidak ada sebab yang mencukupi untuk dia mengambil tindakan berkenaan (meletakkan jawatan).

"Saya merayu kepadanya untuk menarik balik peletakan jawatan itu," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan peletakan jawatan Weng Keong dan menjelaskan tindakannya itu adalah atas dasar tanggungjawab akibat kesilapan yang berlaku.

4 comments:

  1. Berapa agaknya Lim bagi kat Pooi suruh letak jawatan...ish..ish... rakyat xbodoh

    ReplyDelete
  2. pooi jd kambing hitam. vincent wu jd biawak. itulah sandiwara terbaru dap. tak sampai 2000 undipun 3 minggu baru dpt kesan & buat kenyataan. spr kendalikan lebih 10 juta undi korang tuduh mcm2. eleh!!! 3 minggu tu ialah tempoh nk cari idea supaya nampak dap tak rasis. konon cina dap ni tak berkira dgn melayu. hahahaha rakyat yg mengundi tak bodoh la. hoi karpal, lu pura2 terkejut ke, knp tak pura2 sakit jantung sebab pengiraan silap itu memalukan. lebih elok kalau pura2 mati...

    ReplyDelete
  3. sebab banyak ketulahan DAP terhadap orang2 muslim jadi inilah masanya Tuhan beri balasan.kalau ikut lojik DAP adalah parti yg selalu berhati2 tetapi apa yg berlaku adalah sebaliknya,(kamu DAP merancang tetapi ALLAH jua merancang)intigriti parti TERCEMAR,rakyat tidak akan percaya dengan helah DAP itu.

    ReplyDelete
  4. YA ALLAH, KAMI BERSYUKUR KEPADA MU YANG TELAH "MELAKNATI" DAP (Parti Anti Islam/Melayu, parti yg mengkudakan Parti Islam (PAS)ketahap maksimum hingga PAS sudah lupa diri mereka (mabuk dilautan kuasa yang dijanjikan oleh DAPig) Wahai pemimpin-pemimpin DAP, jangan sombong/angkoh/riak/takbur/busuk hati. Itu baru ujian kecil. Tunggulah kehancuran mu kelak. DAP adalah parti taik/kencing/najis khinzir yang dilahirkan oleh PAP di seberang tambak johor. Ya Allah hancorkan DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAP INI yang tidak layak wujud dibumi bertuah ini.

    ReplyDelete